LBS raih dua anugerah di Anugerah IFN 2024

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LBS Bina Group, Encik Lucas Lim (dua dari kanan), menerima anugerah Malaysia Deal of the Year dan Sustainability Deal of the Year di Islamic Finance News (IFN) Deals of the Year 2024 Awards yang berprestij, mengiktiraf komitmen LBS terhadap inovasi dan kelestarian dalam kewangan Islam.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LBS Bina Group, Encik Lucas Lim (dua dari kanan), menerima anugerah Malaysia Deal of the Year dan Sustainability Deal of the Year di Islamic Finance News (IFN) Deals of the Year 2024 Awards yang berprestij, mengiktiraf komitmen LBS terhadap inovasi dan kelestarian dalam kewangan Islam.
A
A
A

SHAH ALAM – Syarikat pemaju hartanah, LBS Bina Group Berhad (LBS), meraih dua anugerah berprestij iaitu merangkumi Urus Niaga Terbaik Tahunan Malaysia dan Urus Niaga Kelestarian Terbaik Tahunan dalam Anugerah Urus Niaga Terbaik Islamic Finance News (IFN) 2024.

Pengiktirafan ini diberikan kepada LBS atas kejayaan menerbitkan tranche ASEAN Social SRI Sukuk Wakalah bernilai RM200 juta yang merupakan inisiatif pertama di bawah Program Sukuk Wakalah bernilai RM750 juta.

Program Sukuk Wakalah, yang mendapat penarafan ‘AA-IS’ oleh MARC Ratings Berhad (MARC), merupakan pencapaian unggul atas peranannya dalam memacu pembangunan lestari serta memberikan impak sosial yang positif.

LBS mencipta sejarah sebagai pemaju hartanah pertama di Malaysia yang menerbitkan ‘ASEAN Social SRI Sukuk Wakalah, sebuah instrumen kewangan patuh syariah yang diwujudkan untuk membiayai projek berasaskan tanggungjawab sosial.

Selaras dengan Kerangka Pembiayaan Kelestarian (Sustainability Financing Framework) Kumpulan yang turut memperoleh penilaian "Emas" dalam ‘Impact Bond Assessment’ oleh MARC, di mana pengiktirafan ini mengukuhkan komitmen LBS terhadap pembiayaan lestari dan tanggungjawab sosial, sekali gus memperkukuh dedikasi syarikat dalam melaksanakan projek yang memberi impak positif kepada alam sekitar dan masyarakat.

Anugerah yang menampilkan Program Sukuk Wakalah ini mencerminkan komitmen LBS terhadap kelestarian dan inovasi serta menonjolkan status kepimpinan Kumpulan dalam memajukan prinsip kewangan Islam.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LBS Bina Group, Encik Lucas Lim (kanan), menerima anugerah Malaysia Deal of the Year dan Sustainability Deal of the Year di Islamic Finance News (IFN) Deals of the Year 2024 Awards yang berprestij, mengiktiraf komitmen LBS terhadap inovasi dan kelestarian dalam kewangan Islam.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LBS Bina Group, Encik Lucas Lim (kanan), menerima anugerah Malaysia Deal of the Year dan Sustainability Deal of the Year di Islamic Finance News (IFN) Deals of the Year 2024 Awards yang berprestij, mengiktiraf komitmen LBS terhadap inovasi dan kelestarian dalam kewangan Islam.

Kerjasama strategik LBS bersama institusi kewangan utama dengan penerapan inisiatif yang selaras dengan prinsip ESG berpandangan jauh, berupaya mengukuhkan kedudukan LBS sebagai peneraju dalam membawa perubahan positif menerusi penyelesaian kewangan.

Anugerah Urus Niaga Terbaik IFN, kini memasuki tahun ke-19, dianggap sebagai salah satu platform pengiktirafan yang tertinggi dalam industri kewangan Islam antarabangsa dan mengiktiraf transaksi patuh Syariah yang berinovasi, berpengaruh, dan cemerlang dalam industri.

Tahun ini, anugerah tersebut menerima jumlah penyertaan tertinggi dalam sejarahnya, dengan penyertaan dari pasaran seperti Gulf Cooperation Council (GCC), Malaysia, Indonesia, dan Turkiye. Oman mencatat pertumbuhan ketara dalam penyertaan, manakala Arab Saudi merekodkan jumlah penyertaan tertinggi dalam sejarah.

Artikel Berkaitan:

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San, mengulas mengenai kejayaan tersebut berkata pihaknya amat berbesar hati dan bangga menerima pengiktirafan berprestij daripada IFN.

“Anugerah ini mencerminkan usaha dan dedikasi seluruh pasukan LBS serta mengukuhkan pendekatan proaktif syarikat dalam aspek kelestarian dan inovasi. Dengan memberi tumpuan ke arah mewujudkan impak sosial yang berpanjangan serta menetapkan piawaian tadbir urus tertinggi, penerbitan ASEAN Social SRI Sukuk Wakalah bernilai RM200 juta adalah bukti terhadap komitmen ini.

“Ia bukan sahaja menyokong ekosistem kewangan Islam Malaysia, malah menyediakan penyelesaian perumahan mampan dan mampu milik, selaras dengan visi kami untuk memperkayakan kehidupan dan membina komuniti yang lebih kukuh.”katanya.

Menurutnya, seiring dengan kedudukan Malaysia sebagai hab pembiayaan Islam, kejayaan LBS di Anugerah IFN itu membuktikan peranan pihaknya sebagai peneraju dalam membentuk dan memajukan sektor ini.

“LBS beriltizam akan terus mengukuhkan amalan pembiayaan yang lestari berlandaskan tanggungjawab sosial, di samping memperluas komitmen dalam membiayai projek yang memberi impak positif kepada alam sekitar dan masyarakat, serta memastikan nilai transformatif kepada semua pihak berkepentingan,”katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!