UiTM, Acmar FHP Group Berhad meterai MoU majukan akademik, profesional

Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts Dr Shahrin Sahib @ Shahibuddin (lima dari kanan) bertukar dokumen perjanjian bersama Acmar Group.
Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts Dr Shahrin Sahib @ Shahibuddin (lima dari kanan) bertukar dokumen perjanjian bersama Acmar Group.
A
A
A

KLANG - Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjadi institusi pendidikan pertama yang memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Acmar FHP Group Berhad untuk memajukan inisiatif akademik, profesional dan kemasyarakatan.

UiTM memaklumkan, kerjasama strategik itu dijangka dapat membuka lebih banyak peluang untuk pelajar di universiti berkenaan melalui latihan industri, projek penyelidikan dan program pembangunan profesional.

Menurutnya, ia juga memberi impak positif kepada masyarakat menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Majlis menandatangani yang berlangsung di Hotel Wyndham Acmar, di sini menandakan usaha UiTM untuk memperluaskan kerjasama industri dan meningkatkan peluang pembangunan pelajar.

“MoU ini bukan sahaja memfokuskan terhadap inisiatif pertumbuhan akademik dan profesional pelajar tetapi menekankan komitmen bersama terhadap kerjasama penyelidikan untuk memajukan pengetahuan dan inovasi industri.

“Selain itu, kerjasama ini turut merangkumi inisiatif CSR yang memfokuskan program-program kesejahteraan masyarakat di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah kenyataan itu, MoU tersebut secara tidak langsung telah membuka laluan untuk kerjasama industri dan akademik yang lebih luas pada masa hadapan.

MoU tersebut ditandatangani Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts Dr Shahrin Sahib @ Shahibuddin dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Acmar Group, Johnson Tee serta disaksikan wakil daripada kedua-dua pihak.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!