Warga emas meninggal dunia dalam tandas

Seorang lelaki berusia 78 tahun ditemukan meninggal dunia dalam tandas yang berkunci di sebuah rumah di Batu 14 Kampung Dato' Rosli, dekat Trong pagi Jumaat. Gambar hiasan
Seorang lelaki berusia 78 tahun ditemukan meninggal dunia dalam tandas yang berkunci di sebuah rumah di Batu 14 Kampung Dato' Rosli, dekat Trong pagi Jumaat. Gambar hiasan
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki berusia 78 tahun ditemukan meninggal dunia dalam tandas yang berkunci di sebuah rumah di Batu 14 Kampung Dato' Rosli, dekat Trong pagi Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.14 pagi.

"Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Trong yang tiba di lokasi kejadian membantu menyelamat warga emas itu dengan menggunakan alat pemotong 'bolt cutter' dan pengumpil 'crowbar' bagi membuka pintu.

"Apabila pintu tandas berjaya dibuka, warga emas itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan (KKM), ” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala operasi tamat sepenuhnya pada jam 8.45 pagi. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!