M40 layak mohon Rumah Selangorku - Exco

Borhan semasa menjawab pertanyaan dalam Sidang DUN Selangor pada Jumaat.
Borhan semasa menjawab pertanyaan dalam Sidang DUN Selangor pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Golongan M40 di Selangor yang tidak mampu membeli rumah di pasaran terbuka boleh memohon Rumah Selangorku atau hartanah rumah pada harga kawalan.

Exco Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor, Borhan Aman Shah berkata, pemohon hanya perlu berdaftar dengan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) melalui Sistem Pendaftaran Permohonan Hartanah Terkawal Negeri Selangor.

Beliau menjelaskan, penawaran kepada pemohon akan dibuat berdasarkan merit setelah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

"Sekiranya pemohon didapati tidak layak untuk memiliki Rumah Selangorku, sebagai alternatif golongan M40 ini boleh memohon untuk menyertai Skim Smart Sewa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan daripada Mohd Zamri Zainuldin (PN-Sungai Burong) berhubung isu pemilikan rumah M40 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini pada Jumaat.

Menjawab soalan tambahan Mohd Zamri berhubung perancangan kerajaan negeri menangani isu penduduk yang masih tinggal di rizab sungai dan jalan, Borhan berkata, perkara itu mesti mengikut peraturan ditetapkan.

"Mereka yang tinggal di tanah kosong di tepi sungai atau jalan perlu mendapat kelulusan daripada agensi-agensi terlibat terlebih dahulu," ujar beliau.

Mengulas lanjut katanya, kerajaan Selangor juga menyediakan Rumah Idaman dengan kerjasama daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) dan syarikat lain.

Borhan menjelaskan, kerajaan Selangor menyediakan Rumah Idaman di Taman Air Manis, Sabak Bernam yang berdekatan dengan DUN Sungai Burong.

Artikel Berkaitan:

"Projek rumah setingkat 54 unit itu berharga RM250,000 yang telah pun habis dijual.

"Bagi fasa kedua di taman sama juga, sebanyak 67 unit telah habis dijual dengan kemajuan projek pembinaan mencapai tahap 70 peratus," tambah beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!