Ketua Polis Daerah diminta pantau senario politik setempat

Dari kiri Thian Huat, Abd Jalil dan Mohd Azam semasa majlis serah tugas di IPK hari ini.
Dari kiri Thian Huat, Abd Jalil dan Mohd Azam semasa majlis serah tugas di IPK hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Semua Ketua Polis Daerah di negeri ini diminta memantau senario semasa di daerah masing-masing susulan perkembangan perubahan politik negara ketika ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, ia sebagai langkah pencegahan dan persediaan sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

Bagaimanapun menurutnya, senario di Pahang ketika ini masih terkawal, dalam masa sama beliau turut menasihatkan mana-mana pihak khususnya penyokong mana-mana parti agar tidak terlalu taksub atau mempercayai maklumat tidak sahih.

"Jika ingin mendapatkan maklumat sahih, sila rujuk pihak berkenaan seperti polis dalam apa juga perkara atau maklumat. Setakat ini di Pahang, keadaan ketenteraman masih terkawal," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Serah Tugas Ketua Jabatan Siasatan Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang, di IPK hari ini.

Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terjebak dalam aktiviti penyebaran maklumat yang tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana dikhuatiri maklumat tersebut palsu dan boleh menyebabkan mereka dikenakan hukuman jika sabit kesalahan di bawah Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sementara itu, susulan penyerahan tugas itu, beliau yakin Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Pahang akan terus optimis memerangi dadah sehingga ke peringkat akar umbi dan tumpuan turut diberikan di kawasan tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di negeri ini.

"Pencegahan terutama di kawasan Felda akan dipergiat. Apapun saya ucap terima kasih atas khidmat cemerlang (Pemangku Asisten Komisioner) Lam Thian Huat dan selamat datang kepada Superintendan Mohd Azim yang mempunyai pengalaman luas dalam jenayah narkotik," katanya.

Artikel Berkaitan: