Warga emas hilang dikhuatiri terjatuh dalam sungai ketika memancing

Anggota bomba berada di lokasi kejadian untuk operasi SAR lelaki warga emas yang hilang dikhuatiri terjatuh ke dalam sungai Kampung Menchali, Kuala Rompin pada awal pagi Khamis. Foto JBPM Pahang (Gambar kecil: Saari Awang)

A
A
A

ROMPIN - Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika memancing di kawasan jeti Kampung Menchali, Kuala Rompin, di sini pada Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Mohamad Zamri Mohamad Zaber berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan mangsa, Saari Awang, 67, dari Felda Keratong 6 Muadzam Shah di sini pada jam 2 pagi.

Menurutnya, operasi pencarian digerakkan pada jam 8 pagi bersama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Operasi pencarian dilakukan di sekitar sungai dan di permukaan air dengan bantuan bot penduduk kampung. Foto JBPM Pahang
Operasi pencarian dilakukan di sekitar sungai dan di permukaan air dengan bantuan bot penduduk kampung. Foto JBPM Pahang

"Sehingga jam 3 petang, mangsa belum ditemui dan operasi pencarian masih dijalankan," katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Salahuddin Isa berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rompin ke lokasi yang terletak 20 kilometer dari balai untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Menurutnya, operasi SAR turut dibantu Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) BBP Pekan.

Artikel Berkaitan:

Anggota bomba melakukan pencarian di kawasan jeti lokasi mangsa disyaki terjatuh. Foto JBPM Pahang
Anggota bomba melakukan pencarian di kawasan jeti lokasi mangsa disyaki terjatuh. Foto JBPM Pahang

"Berdasarkan maklumat awal, mangsa dipercayai ke lokasi itu untuk memancing sebelum disyaki terjatuh ke dalam sungai.

"Operasi pencarian dilakukan di sekitar sungai dan di permukaan air dengan bantuan bot penduduk kampung," katanya.

Beliau berkata, pasukan PPDA telah tiba di lokasi bagi membantu operasi mencari mangsa namun setakat ini warga emas terbabit masih belum ditemui.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!