'Bidadari vintage' bertepuk tangan dapat kahwin lelaki muda

JAKARTA - Perbezaan usia 24 tahun tidak menghalang seorang lelaki, 39 tahun menikahi warga emas berusia 63 tahun di Indonesia, lapor portal media tempatan.
Lebih menarik perhatian adalah reaksi pengantin perempuan yang dilihat sangat gembira, dan bertepuk tangan selepas pasangan lelakinya selesai melafazkan ijab kabul.
Dalam video dikongsi pengguna TikTok, warga emas berkenaan mengucapkan 'Alhamdulillah', dan ketawa kegirangan, manakala pengantin lelaki tersenyum melihat reaksinya.
Video berkenaan menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi warganet termasuk ada yang menggelar mempelai wanita sebagai 'bidadari vintage' dan mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut.
Namun, terdapat juga yang memberikan komen sinis mengenai perbezaan usia mereka.

Setakat ini, identiti pasangan tersebut belum didedahkan secara rasmi, dan tiada maklumat lanjut mengenai latar belakang mereka.
Perkahwinan dengan perbezaan usia yang ketara bukanlah sesuatu yang baharu di Indonesia.
Terdapat beberapa kes sebelum ini di mana pasangan dengan jurang usia yang besar memilih untuk berkahwin, walaupun menghadapi kritikan dan cabaran daripada masyarakat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
