Fadhlina tinjau bilik darjah tambahan SK Cyberjaya

Fadhlina meninjau penggunaan bilik darjah tambahan SK Cyberjaya.
Fadhlina meninjau penggunaan bilik darjah tambahan SK Cyberjaya.
A
A
A

CYBERJAYA - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengadakan tinjauan ke Sekolah Kebangsaan Cyberjaya bagi melihat sendiri pengoperasian sesi persekolahan baharu dan penggunaan 12 bilik darjah tambahan menggunakan kaedah IBS di sekolah tersebut.

Menerusi kenyataan Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, projek pemasangan bilik darjah tambahan menggunakan kaedah IBS termasuk kerja ubah suai berkaitan, pendawaian elektrik, perabot, peralatan dan tandas bernilai RM2 juta diserahkan kepada SK Cyberjaya pada September tahun lalu.

Fadhlina meninjau sesi persekolahan di SK Cyberjaya.
Fadhlina meninjau sesi persekolahan di SK Cyberjaya.

Kemudahan bilik darjah tambahan baharu ini telah beroperasi sepenuhnya dan memberi manfaat kepada lebih 400 murid.

Sebelum ini, ibu bapa kepada murid sekolah mendesak kerajaan menyelesaikan isu kepadatan murid di SK Cyberjaya.

Tambahan 12 bilik darjah itu merupakan penyelesaian jangka pendek manakala sekolah baharu iaitu SK Cyberjaya 2 dilengkapi 36 bilik darjah dan pelbagai kemudahan lain kini sedang dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada 2027.

Fadhlina meninjau suasana di SK Cyberjaya.
Fadhlina meninjau suasana di SK Cyberjaya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!