Remaja hilang ketika cari udang ditemukan terdampar di pantai

Anggota bomba mengangkat mayat mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis.
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis.
A
A
A

SANDAKAN - Remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika mencari udang ditemukan meninggal dunia di pesisir pantai Tanjung Pisau di sini pada Rabu.

Muhammad Nor Aiman Arif, 14, ditemukan terdampar di pesisir pantai oleh orang awam kira-kira jam 6.30 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Severinus@Mohd Nidzam Sainkui berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa memasuki hari keempat.

"Pasukan bomba menerima maklumat bahawa mangsa telah ditemukan di pesisir pantai tersebut kira-kira 20 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

"Pasukan bomba tiba di lokasi dan bertindak mengangkat mayat mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Severinus berkata, susulan penemuan mayat mangsa operasi tersebut ditamatkan selepas memastikan keadaan selamat.

Sinar Harian pada Isnin lalu melaporkan mangsa dikhuatiri lemas ketika mencari udang di kawasan perairan Tanjung Semawang di sini pada Sabtu lalu.

Mangsa hanya disedari hilang selepas tidak pulang ke rumah dan hanya bot serta topinya yang ditemui hanyut di lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!