Tikam isteri kerana tak dapat duit beli rokok

Kejadian itu berlaku di rumah pasangan tersebut di Desa Patoameme, Kecamatan Botumoito, Kabupaten Boalemo. Foto Agensi
Kejadian itu berlaku di rumah pasangan tersebut di Desa Patoameme, Kecamatan Botumoito, Kabupaten Boalemo. Foto Agensi
A
A
A

GORONTALO - Hanya kerana tidak diberi wang untuk membeli rokok, seorang lelaki tergamak menikam isterinya hingga mati.

Tragedi itu menimpa Nirpan Dulambuti, 40, selepas dia ditikam suaminya, Ronald Entengo atau Onal di kediaman mereka di Desa Patoameme, Kecamatan Botumoito, Kabupaten Boalemo di Indonesia pada Isnin.

Onal dikatakan meminta wang sebanyak 5,000 rupiah (RM1.40) daripada Nirpan, namun permintaan itu ditolak mangsa hingga mencetuskan pertengkaran antara mereka.

"Onal lalu menampar Nirpan hingga kedua-dua bergaduh mulut. Pelaku yang tidak dapat menahan amarah bertindak mengambil pisau di dapur dan menikam isterinya.

"Mangsa rebah ke lantai dan tidak mampu bergerak," kata Kasat Reskrim Polres Boalemo, IPTU Saifful.

Difahamkan, jiran tetangga yang menyedari keadaan itu kemudiannya menghantar Nirpan ke Rumah Sakit Tani dan Nelayan di Desa Hungayona, Kecamatan Tilamuta.

Pelaku, Onal dan pisau yang digunakan untuk menikam isterinya. Foto Agensi
Pelaku, Onal dan pisau yang digunakan untuk menikam isterinya. Foto Agensi

"Walaupun diberikan rawatan intensif, Nirpan gagal diselamatkan dan meninggal dunia pada hari sama," jelasnya lagi.

Artikel Berkaitan:

Pada Jumaat lalu, mangsa sempat berkunjung ke rumah kakak iparnya dan menangis ketika menceritakan tentang keganasan rumah tangga yang dialaminya.

Pihak berkuasa kini sedang melakukan siasatan lanjut ke atas Onal dan beberapa saksi di lokasi kejadian.

Jenazah Nirpan juga selamat dikebumikan di belakang rumah keluarganya di Desa Botumoito, Kecamatan Botumoito pada Selasa. - Agensi

@sinarharianonline

Hanya kerana tidak diberi wang untuk membeli rokok, seorang lelaki tergamak menikam isterinya hingga mati. Tragedi itu menimpa Nirpan Dulambuti, 40, selepas dia ditikam suaminya, Ronald Entengo atau Onal di kediaman mereka di Desa Patoameme, Kecamatan Botumoito, Kabupaten Boalemo di Indonesia pada Isnin. #SinarHarian #SinarTerkini #Tikam

Minimal for news / news suspense(1169746) - Hiraoka Kotaro

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!