Paderi pedofil Australia meninggal dunia di penjara

Ridsdale yang disabitkan kesalahan mendera lebih 70 kanak-kanak selama tiga dekad meninggal dunia pada usia 90 tahun di penjara Victoria, Australia. Foto Agensi
Ridsdale yang disabitkan kesalahan mendera lebih 70 kanak-kanak selama tiga dekad meninggal dunia pada usia 90 tahun di penjara Victoria, Australia. Foto Agensi
A
A
A

SYDNEY - Paderi pedofil di Australia, Gerald Ridsdale meninggal dunia hari ini pada usia 90 tahun, lapor agensi berita Jerman (dpa) yang memetik media tempatan.

Ridsdale yang disabitkan kesalahan melakukan penderaan secara seksual terhadap lebih 70 kanak-kanak selama tiga dekad, meninggal dunia di penjara di negeri Victoria, lapor Australian Associated Press (AAP) dan penyiar ABC.

Ridsdale dipenjarakan sejak 1994 atas kesalahan itu ketika beliau menjadi paderi Katolik.

Lelaki itu terjatuh di dalam selnya pada 2022 dan terlantar di atas katil selain mengalami sakit kronik dan kelemahan anggota badan dan otot, lapor ABC.

Hukuman penjara Ridsdale sepatutnya berakhir pada September 2034, menurut ABC. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!