Aksi 'Acik kantin' seperti guru besar curi perhatian warganet

Video memaparkan gaya 'acik kantin' memberi penerangan kepada murid seperti lagak seorang guru besar menjadi tular di media sosial.
Video memaparkan gaya 'acik kantin' memberi penerangan kepada murid seperti lagak seorang guru besar menjadi tular di media sosial.
A
A
A

SHAH ALAM - Gelagat seorang pengusaha kantin sebuah sekolah memberikan penerangan kepada murid tentang cara berbelanja menggunakan wang yang dibawa seperti lagak seorang guru besar menjadi tular.

Video berdurasi seminit yang dimuat naik di media sosial itu memaparkan wanita berkenaan bercakap dengan lantang di hadapan murid-murid yang dipercayai Tahun Satu di sebuah sekolah rendah agama di ibu negara.

"Pergi sekolah, mak ada bagi duit macam ni (RM1), warna biru... kalau bagi makcik duit warna ni (hijau-RM5), kena tunggu ambil baki, jangan jalan. Faham? Boleh bagi duit kat kawan tak? Tak boleh," katanya.

Lebih mencuri perhatian warganet, dia bukan hanya menerangkan tentang cara membelanjakan wang, malah wanita itu juga dilihat sangat prihatin tentang cara pemakanan dan kesihatan murid apabila turut memberikan 'syarat' ketika makan di kantin.

"Tak boleh makan aiskrim sebelum makan (makanan berat), nanti jadi apa? perut ada cacing...," katanya.

Situasi tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang ada di antaranya berasa kagum dengan sikap pengusaha tersebut.

"Power macam guru besar," komen seorang warganet yang memuji cara wanita berkenaan mengendalikan situasi dengan penuh berhemah.

"Bagus la... tahniah, ni barulah minggu orientasi," kata seorang warganet.

Artikel Berkaitan:

Mereka turut memuji taklimat yang diberikan wanita berkenaan yang disifatkan sesuai dan mudah difahami murid tahap satu.

Tidak kurang juga ada yang mendoakan kesejahteraan wanita itu dan perniagaannya terus maju.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!