Grab sumbang RM9.9 bilion untuk ekonomi Malaysia

Pengarah Urusan EconWorks, Dr Wan Khatina Nawawi, membentangkan dapatan laporan di sebuah hotel di sini.
Pengarah Urusan EconWorks, Dr Wan Khatina Nawawi, membentangkan dapatan laporan di sebuah hotel di sini.
A
A
A

SHAH ALAM - Satu kajian oleh firma perunding ekonomi tempatan EconWorks mendedahkan bahawa perkhidmatan atas permintaan Grab, termasuk perkhidmatan e-panggilan dan penghantaran, menyumbang sebanyak RM9.9 bilion kepada ekonomi Malaysia pada tahun 2023, bersamaan kira-kira 0.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Pengarah Urusan, EconWorks. Dr. Wan Khatina Nawawi, berkata, syarikat platform teknologi menyediakan akses kepada peluang pendapatan yang fleksibel dan menyokong pertumbuhan digital perniagaan kecil.

“Sepanjang 12 tahun beroperasi di Malaysia, Grab telah memberi sumbangan yang ketara serta manfaat ekonomi kepada pelbagai komuniti di seluruh Malaysia.

“Bagi setiap RM1 yang dijana melalui transaksi Grab, RM1.50 aktiviti ekonomi tambahan dicipta merentasi ekonomi yang lebih luas. Ini menggariskan impak positif ekosistem Grab terhadap jutaan rakyat Malaysia dalam kehidupan seharian mereka,”katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, laporan itu mengukur impak operasi Grab dan kesan lanjut perkhidmatan atas permintaannya terhadap pekerja gig dan perniagaan yang menjana pendapatan dan menjual produk mereka di platformnya.

“Penemuan utama termasuk Grab menyumbang RM9.9 bilion kepada ekonomi Malaysia pada tahun 2023, bersamaan dengan kira-kira 0.5 peratus daripada KDNK negara.

“Bagi setiap RM1 nilai tambah yang dijana secara langsung oleh Grab dan rakan kongsinya, RM1.50 tambahan dijana untuk ekonomi yang lebih luas melalui kesan pengganda.

Fabian Bigar, Ketua Setiausaha Kementerian Digital (tengah), bersama Adelene Foo, Pengarah Urusan Grab Malaysia (kiri), dan Dr Wan Khatina Nawawi, Pengarah Urusan EconWork
Fabian Bigar, Ketua Setiausaha Kementerian Digital (tengah), bersama Adelene Foo, Pengarah Urusan Grab Malaysia (kiri), dan Dr Wan Khatina Nawawi, Pengarah Urusan EconWork

“Sebanyak 88 peratus daripada sumbangan nilai tambah ini datang daripada rakan-pemandu dan rakan-niaga Grab yang beroperasi merentasi pelbagai perkhidmatan Grab. Pada tahun 2023, rakan-pemandu menyumbang RM4.6 bilion dalam nilai tambah, mewakili 0.25 perastus daripada KDNK Malaysia,”katanya.

Artikel Berkaitan:

Wan Khatina berkata, ekosistem Grab menyokong sehingga 277,237 peluang pendapatan, menyediakan aliran pendapatan untuk rakan-pemandu, rakan-niaga, dan pekerja-pekerja dalam rantaian bekalan menyeluruh mereka.

“Ini bermakna satu daripada 64 individu dalam tenaga kerja Malaysia mendapat manfaat, secara langsung atau tidak langsung, daripada aktiviti berkaitan Grab.

“Peluang pendapatan yang disediakan oleh Grab telah menyumbang tambahan RM3.7 bilion kepada pendapatan isi rumah. Peningkatan pendapatan oleh rakan-pemandu dan rakan-niaga ini bermakna lebih banyak wang dalam poket rakyat Malaysia​,”katanya.

Menurutnya lagi, laporan itu menyerlahkan kelebihan persekitaran perniagaan Malaysia yang menyokong, yang kini memberi tumpuan kepada ekonomi digital, membolehkan syarikat platform seperti Grab berkembang maju dan menyumbang secara bermakna kepada ekonomi.

“Dengan mengukur sumbangan ini, kajian ini memberikan pandangan menyeluruh tentang bagaimana Grab dan pihak berkepentingan berinteraksi dengan ekonomi Malaysia yang lebih luas dan mempermudahkan pertumbuhan ekonomi,"katanya.

Untuk maklumat lanjut boleh layari di sini: https://www.econworks.my/driving-value-grabs-economic-contribution-to-malaysia/

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!