Bersemangat tempuh alam baharu

Sebahagian pelajar di SMK Felda Lurah Bilut bergambar kenangan sempena program First Day at School Peringkat Negeri Pahang bergambar kenangan dengan Amizar, Mohamad Noor dan Ahmad Zamri.
Sebahagian pelajar di SMK Felda Lurah Bilut bergambar kenangan sempena program First Day at School Peringkat Negeri Pahang bergambar kenangan dengan Amizar, Mohamad Noor dan Ahmad Zamri.
A
A
A

BENTONG - Dua pelajar Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Lurah Bilut tidak kekok dan bersedia untuk beralih dari sekolah rendah ke menengah.

Bagaimanapun, Mohd Syarif Asraf Mohd Sahrul,13, mengakui suasananya berbeza berbanding di sekolah rendah.

"Namun saya lega kerana masih ramai kawan dari sekolah rendah berada di sekolah sama di sini.

"Saya juga gembira dan teruja dan bersemangat menempuh alam baharu," katanya berhasrat menjadi guru.

Nur Jannah Fitriah Faizal,13, juga menyifatkan peralihan itu menjadikan dirinya lebih matang.

Mohd Syarif Asraf, Nur Jannah Fitriah
Mohd Syarif Asraf, Nur Jannah Fitriah

"Saya juga gembira kerana dapat bertemu rakan sedia ada dan berpeluang mengenali rakan baharu nanti," ujarnya berminat menjadi pelukis suatu hari nanti.

Mereka antara pelajar yang ditemui di SMK Felda Lurah Bilut sempena Program 1st Day At School Peringkat Negeri Pahang Tahun 2025 yang dirasmikan oleh Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, Datuk Amizar Abu Adam di sini pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran, Ahmad Zamri Md Isa dan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Pahang, Datuk Mohamad Noor Yusof Ali.

Amizar (tiga dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada pelajar yang hadir sempena hari pertama sekolah di SMK Felda Lurah Bilut, Bentong pada Isnin.
Amizar (tiga dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada pelajar yang hadir sempena hari pertama sekolah di SMK Felda Lurah Bilut, Bentong pada Isnin.

Sementara itu, Ahmad Zamri memberitahu seramai 244,799 murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah di Pahang

memulakan sesi akademik 2025/2026 melibatkan 739 sekolah di seluruh negeri.

Menurutnya, 46,240 terdiri murid baharu melibatkan 24, 740 murid tahun 1 manakala 21,500 adalah pelajar tingkatan 1.

"Sejumlah 123,640 adalah murid sekolah rendah dan 74,919, pelajar sekolah menengah.

"Kesemua pelajar meneruskan sesi persekolahan di 739 sekolah seluruh negeri terdiri daripada 541 sekolah rendah dan 198 sekolah menengah," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, beliau juga memberitahu pengoperasian semua sekolah berjalan lancar dengan kerjasama daripada seramai 23,392 guru dan 4,158 Anggota Kumpulan Perlaksana (AKP)," katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!