X

Kindly register in order to view this article
!

Adly akan temui Yang Dipertua Negeri bincang politik Melaka

Adly ceria ketika ditemui di pekarangan Graha Amanah Melaka Bukit Katil, di sini, hari ini.
A
A

MELAKA TENGAH - Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari akan menemui Yang Dipertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob bagi menjelaskan situasi politik yang berlaku di negeri tersebut selewat-lewatnya esok.

Adly berkata, beliau melihat ada keperluan untuk bertindak demikian selain berjumpa dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH).

"Memang ada keperluan untuk berjumpa. Saya mungkin akan mengambil masa terdekat untuk berjumpa dengan Yang Dipertua Negeri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan Graha Amanah Melaka di Bukit Katil, di sini, hari ini.

Terdahulu, Adly yang mengenakan kemeja putih dan suit hitam tenang menjawab soalan selain melemparkan senyuman kepada media yang menunggu kenyataannya sejak awal pagi.

Mengulas lanjut, Adly berkata, sebarang kemungkinan boleh berlaku namun paling penting beliau berharap penyokong bersabar dan menghormati Perlembagaan Negara.

Beliau turut mengakui saat ini adalah waktu sulit bagi PH apabila mandat yang pernah diberikan rakyat telah dikhianati.

"Tapi kita yakin bahawa kita telah melaksanakan yang terbaik untuk rakyat dan dalam masa sama kita tidak akan putus asa perkukuhkan PH," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus