Dakwa disihir, penjual sate bakar ayah hidup-hidup

Muhammad Alfian membakar ayah kandung sendiri selepas mendakwa menggunakan ilmu hitam untuk merosakkan perniagaannya.
Muhammad Alfian membakar ayah kandung sendiri selepas mendakwa menggunakan ilmu hitam untuk merosakkan perniagaannya.
A
A
A

MEDAN - Seorang lelaki tergamak membakar ayah kandung sendiri selepas mendakwa mangsa menggunakan ilmu hitam untuk merosakkan perniagaannya di Jalan Platina, Kelurahan Titi Papan, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Pelabuhan Belawan, Ajun Komisaris Besar Polisi (AKBP) Janton Silaban berkata, kejadian itu berlaku setelah Aswar, 49, menawarkan diri untuk menghantar suspek ke tempat kerja.

Suspek dikenali sebagai Muhammad Alfian, 25, bagaimanapun menolak tawaran tersebut dengan nada sinis dan menuduh mangsa sebagai punca perniagaannya tidak laku.

Muhammad Alfian dikatakan bertindak agresif ketika dibawa ke balai sehingga polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah kakinya. Foto Agensi
Muhammad Alfian dikatakan bertindak agresif ketika dibawa ke balai sehingga polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah kakinya. Foto Agensi

“Muhammad Alfian mengatakan bahawa kedua ibu bapanya hanya berpura-pura baik sedangkan ayahnya telah menggunakan ilmu hitam supaya perniagaan dia tidak laku,” kata Janton.

Tambahnya, suspek kemudian keluar ke bahagian hadapan rumah dan mengunci pintu sebelum masuk ke biliknya untuk mengambil petrol.

“Dengan keadaan marah, Muhammad Alfian menyiram petrol tersebut ke bahagian ruang tamu sebelum menyalakan api.

"Api menyambar tubuh mangsa menyebabkan hampir seluruh badannya melecur," jelasnya.

Susulan itu, ahli keluarga mangsa segera membuat laporan polis dan suspek kemudiannya berjaya ditahan.

Artikel Berkaitan:

Ketika dibawa ke balai, Muhammad Alfian dikatakan bertindak agresif sehingga polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah kakinya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (Kasat Reskrim) Polres Belawan, Ajun Komisaris Polisi (AKP) Riffi Noor memaklumkan mangsa mengalami kesan lecur terbakar yang teruk.

"Mangsa mengalami kesan terbakar sebanyak 80 peratus," katanya.

Aswar kini menerima rawatan intensif di sebuah klinik di Kota Medan yang dimiliki saudaranya. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!