Batman Malaysia muncul kembali

Paparan Twitter menarik perhatian netizen.
Paparan Twitter menarik perhatian netizen.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aksi Batman sedang menunggang motosikal di ibu negara di sini membuatkan ramai teruja kerana kesungguhan lelaki tersebut memakai kostum selain motosikal yang diubah suai untuk keselesaannya.

Gelagat lelaki itu menunggang motosikal pada waktu siang di lebuh raya di sini dikongsi pelayar Twitter @mynocontext dari sumber aplikasi TikTok batmanmalaysia sehingga tular di laman sosial.

Apa yang menariknya, lelaki itu juga memakai topeng muka Batman hingga mencuri perhatian netizen yang menyifatkan dia seorang lelaki unik namun pada masa sama khuatir keselamatannya.

Kata @iamnot: "Seram tengok jubanya tersangkut."

"Takutnya, kain dia tu nak tersangkut kat tayar," ujar @nurhafizah pula.

Dalam pada itu, mereka juga menyamakan aksi itu sebagai salah satu promosi filem Batman baharu yang sedang menjalani penggambaran di Glasgow Necropolis.

Gotham City bakal menerima abang Batman yang baharu. Seperti mana yang kita semua sudah tahu, Robert Pattinson merupakan Batman yang baharu ini.

Pengarah filem The Batma, Matt Reeves juga berkongsi pandang pertama Robert Pattinson dengan kostum Batman dalam keadaan agak gelap dan kemerahan.

Artikel Berkaitan:

"Ohhh inilah Batman yang baru tu pelakon Robert Pattinson," seloroh @amrazrul.

Setakat jam 11 pagi semalam, video tersebut telah ditonton seramai 73,100 tontonan daripada netizen dan 3,200 ulang kongsi dan 2,400 tanda suka.

Batman Malaysia pertama kali muncul di khalayak ramai dari Plaza Tol Sungai Besi ke Nilai, Negeri Sembilan bersama Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM) Abdul Rani Kulup pada April 2017.

Kemunculannya menyebabkan Lebuh Raya Utara Selatan mengalami kesesakan kerana orang ramai memperlahankan kenderaan masing-masing kerana teruja melihat Batman Malaysia bergaya menunggang Batpod Batman.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Batman yang viral kali ini adalah individu sama tiga tahun lalu.