Kereta Axia pusing beratus kali di bulatan dari pagi sampai malam

KLUANG - Tindakan sebuah kereta Perodua Axia berwarna putih dikatakan membuat pusingan beratus kali di sebuah bulatan di Bulatan Mahkota menimbulkan tanda tanya.
Menerusi video tular berdurasi 57 saat itu, jelas memaparkan kereta terbabit membuat pusing sambil menyalakan isyarat 'double signal'.
Kelihatan beberapa anggota polis di tepi bulatan terbabit dipercayai bagi mengawal keadaan dan kelancaran lalu lintas di kawasan berkenaan.
Difahamkan, pihak polis berjaya menghentikan tindakan pemandu kereta berkenaan dari terus membuat pusingan.
Menerusi ruang komen ada yang memberitahu ternampak kereta Axia berkenaan berpusing dari pagi sampai malam.
"Fuh dari pagi aku nampak kereta Axia ini rupanya berpusing sampai ke malam, aku ingat dia pusing (bulatan) dua kali salah lorong rupanya sampai ke malam," pengguna Facebook.
Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian terbabit tidak menyebabkan sebarang kemalangan.
Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut masih belum dikongsi pihak polis setakat ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!