Amanah berpegang teguh kepada muafakat Majlis Presiden PH

Dr Dzulkefly Ahmad
Dr Dzulkefly Ahmad
A
A
A

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) masih berpegang kepada pemuafakatan yang telah dibuat bersama dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), kata Pengarah Strategi Amanah Datuk Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan berkata, adalah wajar untuk menantikan titah dan keputusan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk sebarang keputusan mengenai desas-desus pembentukan kuasa politik baharu negara.

Beliau turut difahamkan bahawa Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadap Al-Sultan Abdullah hari ini namun tidak memperincikan tentang pertemuan itu.

"Kita masih kerajaan dan apapun (sebarang keputusan) kita wajar nantikan titah dan keputusan oleh Yang di-Pertuan Agong. Kita masih lagi menjalankan tugas-tugas, tidak ada apa perubahan.

"Yang pentingnya kita berpegang dan bersandarkan kepada keputusan yang dibuat bersama dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH)," katanya kepada media selepas melancarkan Seminar dan Kempen Kesedaran Pengurusan Kelesuan Peringkat Kebangsaan Untuk Anggota Kesihatan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar.

ARTIKEL BERKAITAN: Wan Azizah kini berada di PMO

Anwar, Guan Eng susuli Wan Azizah ke PMO

Artikel Berkaitan:

Anwar, Wan Azizah dijadual menghadap Agong

Menteri Kabinet tinggalkan PMO