Pilihan bufet Ramadan halal

MENJELANG Ramadan, ramai mencari lokasi berbuka puasa yang bukan sahaja menyajikan makan enak, tetapi juga mempunyai sijil halal.
Pemilihan bufet Ramadan yang dijamin halal penting bagi memastikan makanan dinikmati bersih, suci dan selamat selari dengan tuntutan agama.
Menyedari perkara itu, hotel terkemuka, Mardhiyyah Hotel & Suites tampil dengan bufet Ramadan istimewa, Destinasi Rasa 2.0 yang menekankan aspek patuh syariah dalam setiap penyediaan hidangannya.
Sebagai hotel yang menerima Pengiktirafan Penginapan Mesra Muslim (MFAR) kategori Platinum, semua makanan yang disediakan di restoran hotel itu disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Antara menu utama ditawarkan ialah daging salai masak lemak bersama maman, ikan patin masak tempoyak, tulang merah Singapura dan nasi kandar dengan pelbagai lauk pilihan.
“Tidak ketinggalan hidangan istimewa seperti Smoke Hickory Roasted Whole Lamb dan ikan salmon bakar celup-celup yang menggunakan teknik perapan unik, di samping pelbagai menu tempatan dan antarabangsa yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.
Menariknya, pihak hotel turut menyediakan kemudahan solat berjemaah bagi solat Maghrib, Isyak, tarawih dan Subuh di Surau Al-Latifah yang terletak di aras empat bangunan berkenaan.
Bufet Ramadan Destinasi Rasa 2.0 itu bakal berlangsung dari 3 hingga 29 Mac.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!