X

Kindly register in order to view this article
!

Naelofar untuk hijabi moden

KOLEKSI The Go Far menampilkan signatur rekaan hijab lebih segar, edgy dan moden.
A
A

PERJALANAN seorang wanita bernama Neelofa untuk meraih kejayaan dalam bidang seni, duta produk, model dan bisnes tidak dicapai menerusi tempoh masa yang singkat.

Sebaik sahaja dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2009/2010, pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor tidak menoleh ke belakang. Beliau terus mengatur langkah merealisasikan impian dihajati.

Tatkala namanya sedang memuncak dalam dunia lakonan dan mengendalikan program Meletop bersama rakan pengacara dan juga pelawak popular, Nabil Ahmad, wanita berusia 31 tahun itu telah mengambil keputusan tampil berhijab.

Penghijrahan yang dilakukan pada hari kedua Ramadan tahun 2014 mendapat respon positif. Buktinya, sehinggakan apa sahaja stail tudung dan busana digayakan beliau sering menjadi ikutan khususnya dalam kalangan peminat.

Bertitik tolak daripada episod itu, bagi mengubah stereotaip bahawa wanita bertudung tidak boleh berfesyen mengikut trend semasa, Neelofa melancarkan label Naelofar Hijab. Ia menawarkan koleksi tudung berkualiti premium pada harga mampu milik.

Menariknya, Naelofar Hijab bukan sahaja mencipta fenomena dalam pasaran domestik, malah turut dijual secara meluas hingga ke peringkat global seperti di Singapura, Indonesia, Dubai, Jerman, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Memperkasakan wanita

Kini selepas lima tahun penubuhannya, diari tahun 2020 Naelofar Hijab tampil dengan identiti baharu dan penjenamaan semula menggunakan nama Naelofar.

NEELOFA menzahirkan keterujaan melancarkan penjenamaan semula Naelofar Hijab kepada Naelofar pada tahun 2020.
NEELOFA menzahirkan keterujaan melancarkan penjenamaan semula Naelofar Hijab kepada Naelofar pada tahun 2020.

Matlamat utama penjenamaan semula itu adalah untuk memperkasakan golongan wanita dalam membuat keputusan dan bijak memilih pakaian Muslimah sejajar dengan misi Go Far.

Pada masa sama, inisiatif berkenaan selari dengan semangat Naelofar yang sentiasa berani, kreatif dan bercita-cita tinggi untuk membawa penceritaan menarik dalam kehidupan wanita moden.

"Misi saya juga ingin mendidik wanita hari ini agar tidak takut atau ragu-ragu untuk maju ke hadapan. Usah membiarkan 'jarak' mengehadkan potensi kita berkembang kerana satu-satunya halangan dalam mengecapi kejayaan adalah diri sendiri.

"Sebab itu, saya mencipta Naelofar bagi menyuntik inspirasi kepada wanita supaya teguh dengan kebolehan diri termasuk tampil yakin dalam busana dan hijab pilihan," katanya pada Majlis Pelancaran Kempen #Gonaelofar Naelofar di Taman Tun Dr Ismail, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Pada kempen berkenaan Naelofar turut melancarkan koleksi The Go Far yang menampilkan signatur rekaan hijab lebih segar, edgy dan moden.

Koleksi tersebut mengetengahkan grafik polos dan jalur serta bebas elemen rekaan yang tidak diperlukan bagi menghasilkan helaian hijab unik.

SELAIN material berkualiti yang ideal dengan cuaca di negara ini, koleksi The Go Far juga hadir dalam warna bold seperti hitam dan jingga yang menyerlahkan aura wanita berani.
SELAIN material berkualiti yang ideal dengan cuaca di negara ini, koleksi The Go Far juga hadir dalam warna bold seperti hitam dan jingga yang menyerlahkan aura wanita berani.

Selain menggunakan material berkualiti yang ideal dengan cuaca di negara ini, koleksi The Go Far juga hadir dalam warna bold seperti hitam dan jingga yang menyerlahkan aura wanita berani.

Dalam perkembangan berkaitan, Naelofar turut memperkenalkan laman web dan logo baharu memaparkan warna jingga (Naelofar Orange) yang mencerminkan kekuatan dan keberanian jenama tersebut.

NAELOFAR

Web: my.naelofar.com

Instagram: @naelofar

Facebook: @NaelofarOfficial


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!