Lima beranak rentung dikenal pasti berusia 4 tahun hingga 37 tahun

Kebakaran rumah yang mengorbankan lima beranak termasuk tiga kanak-kanak di Kampung Berangan Enam, Umbai pada awal pagi Khamis.
Kebakaran rumah yang mengorbankan lima beranak termasuk tiga kanak-kanak di Kampung Berangan Enam, Umbai pada awal pagi Khamis.
A
A
A

JASIN - [DIKEMAS KINI] Identiti lima beranak termasuk empat kanak-kanak yang rentung dalam kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai di sini, awal pagi Khamis telah dikenal pasti.

Mangsa, Laila Fathinah Mustapa, 37, dan empat anaknya, Nur Damia Batrisyia Abdullah,13; Izz Daffa Hafizuddin, 7; Nur Dalilah Khadijah, 6, dan Izz Danish Fathi, 4, manakala suami kepada Laila, Muhammad Khairuddin Saari, 35, terselamat.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Mohamad Rusli Mat berkata, bapa kepada empat anak itu turut mengalami sesak nafas akibat menghidu kepulan tebal asap kebakaran.

Menurutnya, hasil soal siasat yang dijalankan terhadap lelaki itu mendakwa ketika kejadian dia sedang tidur sebelum dikejutkan oleh isterinya rumah mereka terbakar.

Katanya, lelaki terbabit berusaha menyelamatkan kesemua ahli keluarganya namun gagal kerana pergerakannya terbatas disebabkan kaki kanannya patah.

"Lelaki itu sukar bergerak kerana kaki bersimen akibat terlibat nahas jalan raya sebelum ini.

"Kebakaran berjaya dipadamkan pada jam 3 pagi dan lima mayat iaitu isteri serta empat anak mangsa ditemui di dalam rumah berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan seorang ibu bersama empat anaknya rentung selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran tersebut.

Artikel Berkaitan:

Mohamad Rusli berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, lima beranak berkenaan disahkan maut di lokasi manakala bapa mereka berusia 30-an terselamat.

Menurutnya, wanita berusia 35 tahun itu ditemui di bahagian serambi rumah manakala empat anaknya berusia 2,7,12 dan 13 tahun berada berhampiran pintu rumah dipercayai cuba keluar menyelamatkan diri.

"Kesemua mangsa ditemukan dalam keadaan rentung," katanya.

@sinarharianonline

Lima sekeluarga termasuk empat kanak-kanak maut dalam kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai pada Khamis. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan pada jam 1.40 pagi tadi sebelum 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan Padang Temu bergegas ke tempat kejadian. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #SinarHarian #SinarTerkini #Kebakaran #Jasin

Danger - SoundAudio

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!