Israel ancam laksana perang 'baharu' rancangan Trump ke atas Hamas

Israel Katz
Israel Katz
A
A
A

JERUSALEM - Israel mengancam untuk melancarkan perang ‘baharu’ ke atas Hamas dan melaksanakan rancangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk memindahkan penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza yang musnah jika tidak membebaskan tahanan hujung minggu ini.

Kenyataan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz dibuat sejurus selepas Hamas menegaskan tidak akan tunduk kepada ancaman AS dan Israel berhubung pembebasan tahanan di bawah perjanjian gencatan senjata yang rapuh.

Gencatan senjata itu sebahagian besarnya telah menghentikan pertempuran selama lebih 15 bulan dan menyaksikan tahanan Israel dibebaskan dalam kumpulan kecil sebagai pertukaran untuk rakyat Palestin yang ditahan Israel.

Tetapi perjanjian itu, yang kini dalam fasa pertama 42 hari, telah mengalami tekanan yang semakin meningkat.

Katz berkata, Israel akan menyambung semula perangnya jika Hamas gagal membebaskan tahanan pada hari Sabtu, apabila pertukaran tebusan keenam dijadualkan di bawah syarat perjanjian.

Hamas sebelum itu menegaskan akan menangguhkan pembebasan itu dengan alasan pelanggaran Israel, dan beberapa jam kemudian, Trump memberi amaran bahawa ‘neraka’ akan terlepas jika Hamas gagal membebaskan semua tahanan pada masa itu.

Penduduk Gaza membawa barangan peribadi dilihat berjalan menuju ke rumah masing-masing di Genting Gaza selepas gencatan senjata dipersetujui antara Hamas-Israel. - AFP
Penduduk Gaza membawa barangan peribadi dilihat berjalan menuju ke rumah masing-masing di Genting Gaza selepas gencatan senjata dipersetujui antara Hamas-Israel. - AFP

“Jika pertempuran diteruskan, perang Gaza baharu... tidak akan berakhir tanpa kekalahan Hamas dan pembebasan semua tebusan."

“Ia juga akan membolehkan merealisasikan visi Presiden AS Trump untuk Gaza,” tegas Katz.

Artikel Berkaitan:

Israel telah berulang kali berikrar untuk mengalahkan Hamas dan membebaskan semua tebusan sejak perang yang tercetus pada 7 Oktober 2023.

Penganalisis Mairav Zonszein dari Kumpulan Krisis Antarabangsa memberitahu AFP bahawa walaupun terdapat pertikaian, pihak yang bertelagah masih berminat untuk mengekalkan gencatan senjata dan belum berputus asa.

"Mereka hanya bermain permainan kuasa," katanya. - Agensi

@sinarharianonline

Israel mengancam untuk melancarkan perang ‘baharu’ ke atas Hamas dan melaksanakan rancangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk memindahkan penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza yang musnah jika tidak membebaskan tahanan hujung minggu ini. Kenyataan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz dibuat sejurus selepas Hamas menegaskan tidak akan tunduk kepada ancaman AS dan Israel berhubung pembebasan tahanan di bawah perjanjian gencatan senjata yang rapuh. #SinarHarian #SinarTerkini #Gaza #DonaldTrump #Israel #IsraelKatz

Epic - Veaceslav Draganov

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!