'Influencer' nyaris maut dipatuk ular di celah kangkang

Anggara berusaha melepaskan gigitan ular bakau dari seluarnya di sebuah hutan paya bakau. Foto Agensi
Anggara berusaha melepaskan gigitan ular bakau dari seluarnya di sebuah hutan paya bakau. Foto Agensi
A
A
A

JAKARTA - Seorang pempengaruh atau influencer Indonesia yang sering memaparkan keberaniannya bermain ular, nyaris dipatuk di celah kangkangnya ketika cuba menangkap reptilia tersebut.

Anggara Shoji yang mempunyai 365,000 pengikut di Instagram, berjaya menyelamatkan diri apabila ular bakau yang dikatakan berbisa melepaskan gigitannya di seluarnya selepas ditarik keluar oleh influencer itu.

Sebuah video yang dimuat naik pada Januari lalu menjadi tular apabila ia ditonton lebih daripada 25.6 juta kali.

Video itu menunjukkan seekor ular berbelang hitam kuning menggigit di bahagian depan zip seluar Anggara manakala dia dilihat memegang badan reptilia itu dengan tangan kirinya.

Di akhir video tersebut, Anggara perlahan-lahan merebahkan diri ke dalam posisi duduk sambil mendepakan kedua-dua kakinya sambil menarik beberapa kali supaya reptilia itu melepaskan gigitannya.

Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada gigitan ular itu mencederakan alat sulit pempengaruh tersebut, namun netizen menyatakan 'ia hampir-hampir' mengenanya.

Video tersebut mendapat puluhan ribu komen lucu dalam kalangan netizen yang bimbang mengenai keadaan Anggara selepas digigit ulat tersebut.

Anggara yang mempunyai saluran YouTube dan dilanggan 46,000, sering memaparkan aksi berani dengan ular dan pernah dipatuk puluhan kali oleh reptilia tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!