X

Kindly register in order to view this article
!

Tak guna punya geng, Khalid Samad tempelak pembangkang

Khalid memuat naik status berhubung kemelut Kerajaan PH di Twitternya pagi tadi.
A
A

SHAH ALAM - Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad yakin Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dapat menangani khabar angin berlaku pembentukan kerajaan pintu belakang.

Katanya, sekiranya Kerajaan PH mampu mengawal dan menangani wabak koronavirus (Covid-19) dengan berkesan, tidak mustahil pula dengan 'virus-virus' lain.

"Kalau koronavirus sekalipun kita boleh kawal dan tangani dengan berkesan, saya yakin PH mampu tangani virus-virus yang lain,” katanya menerusi Twitter beliau pagi ini.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan turut menyindir Ahli Parlimen Muafakat Nasional yang menggunakan nama Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha mereka mahu membentuk Kerajaan Pakatan Nasional,malam tadi.

"Ada yang nak gunakan nama Tun M ke ni? Yang sedang didakwa, yang takut jatuh, yang sudah jatuh dan seperti mereka?

"Aduh, kalau Tun Mahathir tak ada di istana dan tak juga di Sheraton, awat (kenapa) dikaitkan dengan nama Tun (Mahathir)?

"Guna bangsa, guna agama dan sekarang ini guna nama Tun Mahathir? Tak guna punya geng," katanya.

Katanya, tiada sebab Dr Mahathir memilih kerajaan pintu belakang.

Semalam, timbul desas-desus Kerajaan PH akan berakhir apabila Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya akan mengumumkan pembentukan kerajaan baharu tanpa DAP, Amanah dan sebahagian besar Ahli Parlimen PKR.

Bagaimanapun, sehingga jam 12 tengah malam tadi, tidak ada sebarang pengumuman dibuat oleh Dr Mahathir, malah majlis yang diadakan di Hotel Sheraton, hanya majlis makan malam melibatkan Ahli Parlimen dari blok pembangkang sahaja.