CUCKOO, Yayasan Nurjiwa rai anak yatim dan warga emas

CUCKOO dan Yayasan Nurjiwa menjiwai semangat beri-memberi dengan pemberian angpau (sampul merah), hadiah, dan yang paling penting, sebuah sambutan bermakna untuk diingati.
CUCKOO dan Yayasan Nurjiwa menjiwai semangat beri-memberi dengan pemberian angpau (sampul merah), hadiah, dan yang paling penting, sebuah sambutan bermakna untuk diingati.
A
A
A

SHAH ALAM - Sempena sambutan Tahun Ular, Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator) Malaysia, CUCKOO International (MAL) Berhad (CUCKOO), bersama dengan Yayasan Nurjiwa, menjiwai semangat memberi dengan menganjurkan Majlis Makan Tengah Hari Amal Tahun Baru Cina #SAMASAMABuatBaik di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Majlis tersebut menyatukan lebih 120 anak yatim dan tetamu warga emas dari Persatuan Kebajikan Pusat Jagaan Jing Sun, Yayasan Sunbeams dan Rumah Charis untuk sambutan bermakna yang penuh mesra, gembira dan semangat kebersamaan.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, KC Hoe (Hoe Kian Choon) berkata, CUCKOO International percaya kemakmuran hanya bermakna jika ia dikongsi bersama.

“Pasukan kami sentiasa memandang ke hadapan untuk mencari pelbagai cara untuk memberi impak positif terhadap komuniti, jadi kami sangat berbesar hati dapat menyebarkan kemesraan dan kegembiraan kepada mereka yang memerlukan pada Tahun Baru Cina ini, supaya tiada yang ketinggalan dalam suasana perayaan.

Datuk Seri Siti Nurhaliza menyampaikan tiga lagu mengharukan termasuk ‘Yue Liang Dai Biao Wo De Xin’ 月亮代表我的心 (The Moon Represents My Heart), ‘Zheng Fu’ 征服 (Conquered) dan Bukan Cinta Biasa.
Datuk Seri Siti Nurhaliza menyampaikan tiga lagu mengharukan termasuk ‘Yue Liang Dai Biao Wo De Xin’ 月亮代表我的心 (The Moon Represents My Heart), ‘Zheng Fu’ 征服 (Conquered) dan Bukan Cinta Biasa.

“Menyambut musim perayaan ini #SAMASAMA dengan lebih dari 120 kanak-kanak dan warga emas adalah sangat menyejukkan hati, dan kami harap makan tengah hari ini membawa senyuman ke wajah-wajah mereka. Malah, kami juga sentiasa menunggu peluang baru untuk menyumbang kepada komuniti pada masa akan datang,”katanya.

Acara tersebut bermula dengan sambutan meriah yang menampilkan tarian singa dan persembahan topeng (bian lian) oleh kanak-kanak dari Persatuan Kebajikan Pusat Jagaan Jing Sun. Maskot Tahun Ular Astro, juga membuat penampilan istimewa, diikuti dengan persembahan hebat dari penyanyi dan artis Xiao Wei Wei, Tedd Chan, Hayden, dan Jonathan Lee dengan lagu tema Tahun Baru Cina Astro 2025 – SHARE dan lagu klasik Tahun Baru Cina, ‘Cai Sheng Dao’ (Here Comes The God of Fortune). Kemuncak acara tersebut adalah persembahan terharu lagu ‘Yue Liang Dai Biao Wo De Xin’ (The Moon Represents My Heart), ‘Zheng Fu’ (Conquered) dan ‘Bukan Cinta Biasa’ oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Pengasas dan Pengerusi Bersama Yayasan Nurjiwa dan juga Duta CUCKOO.

Pengasas dan Pengerusi Bersama dan Duta CUCKOO, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata, Tahun Baru Cina adalah musim untuk bergembira, bermesra, dan bermurah hati.

#SAMASAMABuatBaik: CUCKOO, Yayasan Nurjiwa bersama menyebarkan kemesraan, gembira, dan senyuman kepada lebih 120 anak yatim dan warga emas.
#SAMASAMABuatBaik: CUCKOO, Yayasan Nurjiwa bersama menyebarkan kemesraan, gembira, dan senyuman kepada lebih 120 anak yatim dan warga emas.

Artikel Berkaitan:

“Saya amat berbesar hati dapat menyambut upacara istimewa hari ini dengan semua yang hadir, bukan sahaja berkongsi makanan, malah berkongsi detik-detik kemesraan dan kegembiraan.

“Saya juga bersukacita dengan perkembangan hubungan saya dari menjadi duta hingga menjadi rakan komuniti yang dapat memberi impak positif terhadap masyarakat.

“Melalui Yayasan Nurjiwa dan CUCKOO, kami berharap untuk terus menyebarkan kasih sayang, menyentuh kehidupan dan memberi kesan yang bermakna buat mereka yang memerlukan,”katanya.

Makan Tengah Hari Amal Tahun Baru Cina #SAMASAMABuatBaik, dianjurkan oleh CUCKOO dan Yayasan Nurjiwa, juga disokong oleh Multimedia Group, Astro, Kinohimitsu, SRJK (C) Yoke Nam, dan Persatuan Keturunan Xu Pantai Selangor.

Ia juga adalah sebahagian daripada ‘CUCKOO Loves, Cares Project’, sebuah projek jangka panjang yang menumpukan terhadap penciptaan impak positif terhadap masyarakat melalui pelbagai inisiatif komuniti dan sosial.

Sebelum ini, CUCKOO telah menyokong Yayasan Nurjiwa dalam mengumpul dana untuk kerja-kerja amal melalui konsert ‘Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’ dan juga menyokong acara SIMPLYSITI Di Hati 2019 yang mengumpul dana untuk kanak-kanak yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) Malaysia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!