Berang ditegur bercakap dalam pawagam, warga emas baling ‘bubble tea’ kepada penonton

Seorang warga emas menimbulkan perasaan kurang senang kepada penonton di sebuah pawagam di Xinjiang, China apabila dia didakwa bercakap tanpa henti selama berjam-jam ketika filem sedang ditayangkan.
Seorang warga emas menimbulkan perasaan kurang senang kepada penonton di sebuah pawagam di Xinjiang, China apabila dia didakwa bercakap tanpa henti selama berjam-jam ketika filem sedang ditayangkan.
A
A
A

Xinjiang - Seorang warga emas menimbulkan perasaan kurang senang kepada penonton di sebuah pawagam di Xinjiang, China apabila dia didakwa bercakap tanpa henti selama berjam-jam ketika filem sedang ditayangkan.

Memetik media Must Share News, wanita berkenaan dipercayai sedang menjelaskan plot filem sambil membacakan skrip yang dilakonkan oleh watak.

Dalam pada itu, wanita tersebut juga meninggikan suara dan memarahi penonton lain apabila diminta untuk mendiamkan diri ketika adegan penting filem sedang ditayangkan.

Menurut media tersebut, terdapat cubaan daripada beberapa pihak lain yang cuba menegur agar dia mendiamkan diri tetapi tidak dipeduli dan mereka terus dimarahi oleh wanita berkenaan.

Difahamkan, teguran itu membawa kepada pertelingkahan sehingga ada penonton yang tidak berpuas hati, lalu mengeluarkan telefon bimbit untuk merekod kejadian tersebut.

Berang dengan teguran yang dilemparkan kepadanya, wanita warga emas itu kemudian dilihat membaling secawan ‘bubble tea’ ke arah penonton yang merekodnya.

“Adakah awak tidak mempunyai adab?” katanya.

Kejadian itu tular di media sosial tempatan dan netizen mengecam wanita tua tersebut kerana bertindak tidak sopan apabila berada di khalayak ramai.

Artikel Berkaitan:

Kebanyakkan netizen turut menggelarkannya seorang ‘penjahat’ terbesar jika ia ditayangkan dalam filem.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!