MPS sertu gelongsor bekas anjing bermain

JOHOR BAHRU - Tular satu rakaman di media sosial memaparkan tindakan dua wanita membawa anjing peliharaannya bermain di taman permainan di kawasan perumahan sekitar Jementah, Segamat.
Menerusi video berkenaan, anjing baka Husky itu dilihat dibawa menaiki tangga sebelum turun menggunakan papan gelongsor sambil disambut seorang lagi wanita di bawah.
Tindakan tersebut mengundang kemarahan ramai pihak kerana dianggap tidak cakna dengan senstiviti melibatkan agama dan kaum.
Susulan daripada kejadian tersebut, Majlis Perbandaran Segamat (MPS) bertindak pantas dengan menghantar beberapa anggota untuk melakukan kerja pembersihan dan menyertu peralatan permainan di lokasi terbabit.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

