Nelayan warga emas

A
A
A
Nelayan tempatan Daud Jumat, 87, gigih menangkap ikan dengan menggunakan jala yang dipanggil 'rambat' dalam bahasa Kadayan-Brunei ketika tinjauan susulan keadaan cuaca dan laut yang tidak menentu di Pantai Kampung Sungai Miri hari ini.

Walaupun meningkat umur warga emas, setiap hari beliau berjalan kira-kira 10km sehari menyusuri sepanjang pantai untuk menangkap ikan.

Beliau berkata sejak lebih 40 tahun lalu hampir setiap hari dia menjala ikan di kawasan persisir pantai itu bermula sekitar jam 6.30pagi sehingga jam 10pagi.

Hasil tangkapan ikan seperti ikan putih dan ikan belais adalah memadai untuk makanan sendiri dan keluarga sahaja.
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!