[VIDEO] Kerajaan tiada garis panduan mengenai aktiviti melibatkan unsur agama – Aaron

A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perpaduan Negara buat masa ini tidak mempunyai sebarang garis panduan untuk jabatan dan agensi kerajaan mengenai aktiviti yang melibatkan unsur keagamaan.

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang bagaimanapun berkata, beberapa pendekatan diambil antaranya melalui pelaksanaan program untuk merapatkan jurang sosial antara rakyat Malaysia, sekali gus meraikan kepelbagaian budaya, adat resam, perayaan dan warisan.

“Segala pelaksanaan program dan inisiatif adalah berdasarkan tiga objektif yang digariskan dalam Dasar Perpaduan Negara iaitu mengukuhkan perpaduan, membentuk identiti nasional dan melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai dan mengamalkan perpaduan.

“Bagi tahun 2025 Kementerian Perpaduan Negara telah mengangkat konsep Negara Bangsa dan tema Harmoni dalam Kepelbagaian sebagai fokus utama. Hala tuju tahun ini direncanakan melalui pelaksanaan empat ikhtiar utama iaitu Ekosistem Perpaduan, Inisiatif Harmoni Madani, Eksplorasi Rukun Negara dan Komuniti Sosiobudaya,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.

AARON
AARON

Beliau berkata demikian menjawab soalan dibangkitkan Dr Halimah Ali (PN-Kapar) sama ada Kementerian Perpaduan Negara mempunyai garis panduan untuk jabatan dan agensi Kerajaan mengenai aktiviti yang melibatkan unsur keagamaan dan boleh mencetuskan ketegangan antara kaum.

Mengulas lanjut, Aaron berkata, keunikan yang dimiliki Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian kaum dan agama boleh menjadi kekuatan untuk membentuk identiti negara sekiranya dijaga dengan baik.

“Kita mempunyai masyarakat yang menganut pelbagai agama dan kepercayaan. Keunikan ini, sekiranya dijaga dengan betul, boleh menjadi kekuatan yang membentuk identiti negara kita.

Artikel Berkaitan:

“Faham, hormat dan terima ialah nilai yang perlu diterapkan dalam setiap lapisan masyarakat, bagi memastikan negara kita terus menjadi contoh kepada dunia tentang bagaimana kepelbagaian agama dan budaya boleh digabungkan untuk mencipta satu negara yang benar-benar harmoni,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!