Ular sepanjang 3 meter tersekat dalam mangkuk tandas

Kelapa ular tersebut dilihat terjulur keluar daripada mangkuk tandas. Thaiger News.
Kelapa ular tersebut dilihat terjulur keluar daripada mangkuk tandas. Thaiger News.
A
A
A

BANGKOK - Penghuni rumah di wilayah Samut Songkhram terkejut apabila mendapati kepala seekor ular sepanjang tiga meter terjulur keluar daripada mangkuk tandasnya.

Memetik laporan berita Thaiger, pasukan bomba daripada majlis perbandaran Samut Songkhram dipanggil ke rumah di Village 6 untuk mengeluarkan reptilia berkenaan.

Sejurus tiba di rumah berkenaan, mereka terkejut melihat kepala ular daripada jenis pemakan ikan itu.

Difahamkan, reptilia itu tersekat gara-gara saiznya yang terlalu besar.

Selepas berjaya memecahkan mangkuk tandas berkenaan, anggota bomba akhirnya mengeluarkan ular terbabit dan melepaskannya ke habitat asal.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!