Polis terima laporan individu lepaskan ular sawa dalam longkang

Rakaman video memaparkan ular sawa yang dilepaskan dalam longkang di Jalan Persiaran Putra Permai, Putra Height di Subang Jaya. Gambar kecil: Wan Azlan
Rakaman video memaparkan ular sawa yang dilepaskan dalam longkang di Jalan Persiaran Putra Permai, Putra Height di Subang Jaya. Gambar kecil: Wan Azlan
A
A
A

SUBANG JAYA - Polis menerima laporan mengenai kes individu melepaskan ular sawa di longkang di Jalan Persiaran Putra Permai, Putra Heights di sini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, laporan dibuat seorang lelaki tempatan di Balai Polis Putra Heights kira-kira jam 10.15 pagi, 3 Februari lalu.

Katanya, pengadu menyatakan melihat rakaman video memaparkan tiga individu melepaskan tiga ekor ular sawa di longkang.

Tangkap layar rakaman dua individu membawa bungkusan berisi ular sawa sebelum dilepaskan dalam longkang di Jalan Persiaran Putra Permai, Putra Height.
Tangkap layar rakaman dua individu membawa bungkusan berisi ular sawa sebelum dilepaskan dalam longkang di Jalan Persiaran Putra Permai, Putra Height.

"Laporan dibuat pengadu kerana bimbang akan keselamatan diri dan keluarga di kemudian hari.

"Siasatan yang dijalankan oleh Ketua Balai Polis Putra Heights mendapati ular tersebut dilepaskan pada pertengahan Januari lalu," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tambahnya, kes dirujuk kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.

Tangkap layar rakaman dua individu membawa bungkusan berisi ular sawa sebelum dilepaskan dalam longkang di Jalan Persiaran Putra Permai, Putra Height.
Tangkap layar rakaman dua individu membawa bungkusan berisi ular sawa sebelum dilepaskan dalam longkang di Jalan Persiaran Putra Permai, Putra Height.

Baru-baru ini tular beberapa video memaparkan individu yang melepaskan ular sawa di dalam longkang.

Artikel Berkaitan:

Berdasarkan pemerhatian dalam rakaman video itu, kelihatan individu terbabit membawa tiga bungkusan berisi ular sawa.

@sinarharianonline Polis menerima laporan mengenai kes individu melepaskan ular sawa di longkang di Jalan Persiaran Putra Permai, Putra Heights di sini. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, laporan dibuat seorang lelaki tempatan di Balai Polis Putra Heights kira-kira jam 10.15 pagi, 3 Februari lalu. Muzik: CJ O clockmaker daripada Soundstripe #SinarHarian#SinarTerkini#IndividuLepasUlar#PutraHeights#MotifMisteri#UlarSawa original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!