2,215kg sayur tiada perakuan sah dari Thailand dirampas

AKPS berjaya mematahkan cubaan membawa masuk bekalan sayuran berjumlah 2,215 kilogram dari negara jiran tanpa perakuan sah. Foto AKPS
AKPS berjaya mematahkan cubaan membawa masuk bekalan sayuran berjumlah 2,215 kilogram dari negara jiran tanpa perakuan sah. Foto AKPS
A
A
A

PUTRAJAYA - Pasukan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk 2,215 kilogram sayuran dari negara jiran.

AKPS dalam satu kenyataannya berkata, cubaan membawa masuk sayuran seperti tomato dan halia dari Thailand itu berjaya dipatahkan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada Isnin, jam 10.30 malam kerana tiada perakuan sah.

Katanya, kejayaan itu dicapai semasa petugas melakukan pemeriksaan rutin di laluan pemeriksaan kenderaan berat di kompleks tersebut.

Cubaan membawa masuk sayuran seperti tomato dan halia dari Thailand itu berjaya dipatahkan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada Isnin, jam 10.30 malam kerana tiada perakuan sah. Foto AKPS

"Pemeriksaan teliti oleh pasukan pegawai petugas AKPS mendapati sayuran bernilai anggaran RM4,530 tersebut diimport tanpa Sijil Perakuan 3P iaitu perlabelan, penggredan dan pembungkusan.

"Ketetapan itu sebagaimana diwajibkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama)," kata kenyataan itu pada Selasa.

Menurutnya, kegagalan mengemukakan perakuan itu adalah jelas melanggar peruntukan Subseksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Sehubungan itu katanya, kesemua barang rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Negeri Kedah untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!