[VIDEO] Man Tiger lepaskan 6 das tembakan direman tujuh hari

A
A
A

BATU PAHAT - Lelaki tempatan dikenali sebagai Man Tiger direman selama tujuh hari bermula Selasa, bagi membantu siasatan kes melepaskan enam das tembakan di hadapan sebuah rumah di Kampung Bukit Batu Machap, Simpang Renggam, Kluang.

Perintah reman ke atas suspek berusia 36 tahun itu dikeluarkan Majistret Mustaqim Sukarno bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api.

Man Tiger dikawal anggota polis dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat pada Selasa.
Man Tiger dikawal anggota polis dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat pada Selasa.

Suspek yang dikawal ketat polis tiba Mahkamah Majistret Batu Pahat pada jam 2.15 petang.

Sebelum itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh memaklumkan Man Tiger ditahan pada kira-kira jam 7 malam Isnin di Tepi Jalan Setia 1, Pusat Setia Perdagangan, Simpang Renggam.

Suspek yang mempunyai 27 kes jenayah lampau didapati positif dadah jenis methamphetamine susulan saringan urin yang dijalankan.

Artikel Berkaitan:

Man Tiger direman selama tujuh hari bermula Selasa.
Man Tiger direman selama tujuh hari bermula Selasa.

Pada Isnin, sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila berdepan enam das tembakan di kediaman mereka di Kampung Bukit Batu Machap, Simpang Renggam.

Laporan mengenai kejadian itu diterima pada jam 12.17 tengah hari daripada seorang suri rumah.

Tujuh lagi suspek dipercayai terlibat dalam kejadian itu, kini diburu polis dan motif kejadian masih disiasat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!