Sembilan maut gempa bumi di sempadan Turki-Iran

Sebuah kenderaan terperangkap di bawah runtuhan selepas gempa bumi menggegarkan sempadan Turki-Iran hari ini. - Foto Agensi
Sebuah kenderaan terperangkap di bawah runtuhan selepas gempa bumi menggegarkan sempadan Turki-Iran hari ini. - Foto Agensi
A
A
A

ANKARA - Sekurang-kurangnya sembilan orang termasuk empat kanak-kanak maut selepas gempa bumi berukuran 5.7 pada skala Richter menggegarkan sempadan barat laut Iran dan Turki hari ini.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa berlaku pada jam 9.23 pagi (waktu tempatan) berhampiran kampung Habash-e Olya yang terletak kurang 10 kilometer dari sempadan.

Pusat Seismologi Universiti Teheran pula memaklumkan, gempa bumi berada pada kedalaman enam kilometer.

Di Turki, gegaran dirasai di kebanyakan daerah di Baskale di wilayah Van dekat sempadan Iran.

"Buat masa ini kami berdepan situasi di mana terdapat penduduk yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan," kata Menteri Dalam Negeri Turki, Suleyman Soylu.

Sementara itu di Iran, Menteri Kesihatan, Fahrettin Koca memberitahu, seramai 37 orang cedera dan sembilan daripadanya berada dalam keadaan kritikal.

"Sebanyak 25 ambulans, sebuah helikopter penyelamat dan pasukan perubatan telah dikerah ke kawasan gempa," katanya.

Menurut perkhidmatan kecemasan, gempa turut merosakkan bangunan di 43 buah kampung. - AFP

Artikel Berkaitan: