Pertahankan ibu, anak maut dipukul ketua kampung

Suspek bakal dikenakan hukuman maksimum tujuh tahun penjara. - Agensi
Suspek bakal dikenakan hukuman maksimum tujuh tahun penjara. - Agensi
A
A
A

JAKARTA - Ketua Kampung Kabupaten Lampung ditahan polis kerana dipercayai memukul seorang pemuda hingga menyebabkan mangsa meninggal dunia.

Ketua Polis Lampung Selatan, AKBP Yusriandi Yusrin berkata, mangsa, Reymico Glen Farisal, 19, dipercayai cedera parah selepas dipukul oleh Hariyanto, 44, dengan sebatang kayu dalam kejadian pada 23 Januari lalu.

"Mangsa dipukul beberapa kali di bahagian kepala, mangsa kemudiannya dibawa ke hospital oleh jiran dan dilaporkan meninggal dunia selepas menjalani rawatan selama dua minggu di hospital," katanya kepada wartawan pada Sabtu lalu.

Tambah beliau, hasil siasatan mendapati kejadian bermula semasa mangsa mengunjungi rumah pelaku bagi tujuan meleraikan perselisihan faham antara ibu mangsa dan pelaku.

"Ketika dia melihat ibunya dicekik dan ditampar dia cuba melindungi ibunya itu.

"Bagaimanapun tindakan itu menyebabkan pelaku naik berang lantas memukulnya berkali-kali," katanya.

Jelas Yusriandi, tindakan Hariyanto itu menyebabkan dia bakal dikenakan hukuman maksimum tujuh tahun penjara. - Agensi

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline

Ketua Kampung Kabupaten Lampung ditahan polis kerana dipercayai memukul seorang pemuda hingga menyebabkan mangsa meninggal dunia. Ketua Polis Lampung Selatan, AKBP Yusriandi Yusrin berkata, mangsa, Reymico Glen Farisal, 19, dipercayai cedera parah selepas dipukul oleh Hariyanto, 44, dengan sebatang kayu dalam kejadian pada 23 Januari lalu. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #SinarHarian #SinarTerkini #AnakMaut

Dramatic - Big Dreams

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!