X

Kindly register in order to view this article
!

Kes samun kedai emas: Polis cari Steven Egburd

S Steven Egburd berusia 25 tahun dicari polis bagi membantu siasatan kes samun kedai emas di Bukit Tinggi, Klang malam tadi.
A
A

KLANG - Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes samun kedai emas di sebuah pusat beli-belah di Bukit Tinggi, di sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, individu berkenaan dikenali sebagai S Steven Egburd berusia 25 tahun dan beralamat Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang, Selangor.

"Setakat ini, empat lelaki sudah ditahan. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Steven boleh salurkan kepada pegawai penyiasat kes, Asisten Superintenden Chia Chee Sheng di talian 019-3306497," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam, seorang suspek berusia 19 berjaya diberkas di lokasi kejadian sebelum direman tujuh hari.

Dua lelaki bertopi keledar masuk ke sebuah kedai emas di pusat beli-belah di Bukit Tinggi, Klang, malam tadi.
Dua lelaki bertopi keledar masuk ke sebuah kedai emas di pusat beli-belah di Bukit Tinggi, Klang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian berlaku semasa pekerja premis dalam proses hendak menutup perniagaan sebelum didatangi dua lelaki bertopi keledar dan bervisor gelap ke dalam premis.

"Suspek yang bersenjatakan tukul besi terus memecahkan cermin kaca dan mengambil barangan kemas.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.

Terdahulu, tular beberapa video di laman media sosial memaparkan seorang anggota keselamatan mengacukan pistol terhadap dua individu yang sedang melarikan diri selepas melakukan rompakan di sebuah kedai emas.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!