200 pelajar asnaf terima bantuan awal persekolahan

Mohd Nazri (tiga dari kanan) diiringi Imran menyantuni pelajar membeli-belah kelengkapan persekolahan yang disumbangkan UDA menerusi Program UDA Cares; Back To School 2025 @ South.
Mohd Nazri (tiga dari kanan) diiringi Imran menyantuni pelajar membeli-belah kelengkapan persekolahan yang disumbangkan UDA menerusi Program UDA Cares; Back To School 2025 @ South.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 200 pelajar asnaf di sekitar Johor Bahru menerima sumbangan kelengkapan persekolahan bernilai RM300 seorang sempena Program UDA Cares: Back to School 2025 @ South yang diadakan di Angsana Johor Bahru Mall, pada Isnin.

Pemangku Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA Holdings Berhad (UDA), Zahrin Zakaria berkata, program tersebut merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk membantu dan meringankan beban keluarga pelajar yang kurang berkemampuan.

“Program ini selari dengan komitmen UDA dalam menyokong kesejahteraan komuniti khususnya dalam kalangan bumiputera.

“Sumbangan ini diharap dapat memberikan semangat dan menceriakan pelajar untuk sesi persekolahan tahun baharu dengan lebih selesa,” katanya sempena program tersebut.

Hadir sama pada program itu ialah Naib Presiden Kanan, Bahagian Pelaburan dan Pengurusan Harta UDA, Mohd Nazri Jamiran serta Ketua Pegawai Operasi, Angsana Johor Bahru Mall, Imran Salleh.

Pengurusan UDA bergambar kenangan bersama guru besar, guru pengiring serta pelajar yang menerima sumbangan menerusi Program UDA Cares; Back To School 2025 @ South di Angsana Johor Bahru Mall, pada Isnin.
Pengurusan UDA bergambar kenangan bersama guru besar, guru pengiring serta pelajar yang menerima sumbangan menerusi Program UDA Cares; Back To School 2025 @ South di Angsana Johor Bahru Mall, pada Isnin.

Sempena program berkenaan, setiap pelajar yang dipilih dari 10 sekolah di sekitar wilayah pembangunan UDA menerima kelengkapan persekolahan seperti beg sekolah, alat tulis, pensil warna dan bekas minuman.

Sebelum ini UDA pernah menyumbangkan beg sekolah dan alat tulis kepada 102 pelajar di Sandakan, Sabah dan 200 pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Bahaman, Lanchang, Pahang.

Dalam pada itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kompleks UDA, Rafidah Yussuf berkata, program CSR berkenaan perlu dilakukan secara berterusan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, program berkenaan sangat membantu terutamanya bagi keluarga asnaf yang berada dalam kategori B40.

Wargakerja UDA membantu pelajar membeli-belah kelengkapan persekolahan di Angsana Johor Bahru Mall.
Wargakerja UDA membantu pelajar membeli-belah kelengkapan persekolahan di Angsana Johor Bahru Mall.

“Bantuan seperti ini sangat membantu keluarga yang memerlukan bagi menyediakan kelengkapan persekolahan berikutan penggal persekolahan baharu akan dibuka tidak lama lagi.

"Sekali gus, ia membantu meringankan beban keluarga ini untuk menghadapi Ramadan,” katanya.

Sementara itu, Guru Besar SK Sri Kenanga, Souib Hamad berharap agar program CSR seumpamanya dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang.

Malah katanya, mungkin pada masa akan datang ada beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh pihak UDA terhadap program berkenaan.

“Pada masa akan datang, mungkin pihak UDA boleh menambah jumlah penerima bantuan ini sekali gus ia akan memberikan kegembiraan kepada mereka,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!