[VIDEO] Ternakan ikan sangkar pikat pengunjung ke Temerloh

A
A
A

TEMERLOH - Seorang pengusaha ikan sangkar di sini menawarkan tarikan ekopelancongan untuk pengunjung khususnya dari luar Pahang melihat sendiri ternakan ikan patin yang sekian lama menjadi ikon Temerloh.

Ahmad Kamal Abdul Halim, 34, mengusahakan 34 sangkar terdiri ternakan ikan patin, patin buah, tilapia dan baung di Empayar Patin Madu di Kampung Telok Ira di sini sejak 2019.

Pengunjung berpeluang memberi makanan ikan di sangkar. Foto Sinar Harian
Pengunjung berpeluang memberi makanan ikan di sangkar. Foto Sinar Harian

Menurutnya, bermula Jun tahun lepas, sangkar yang diusahakan bersama abangnya, Mohd Hafiez Abdul Halim, 39, mula dikunjungi pelancong merata negeri khususnya pada hujung minggu.

"Usaha ini bermula daripada inisiatif saudara Mohamad Farrid Mohamad Norwawi atau lebih dikenali Dj K'Roy yang membawa pelancong datang melihat sangkar ikan.

"Pelancong yang datang diberikan peluang untuk melihat, memberi makan dan menangkap ikan di sangkar," katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad Kamal (kanan) ketika melayan pelancong yang berminat dengan pes tempoyak. Foto Sinar Harian
Ahmad Kamal (kanan) ketika melayan pelancong yang berminat dengan pes tempoyak. Foto Sinar Harian

Ujarnya, setakat ini, beliau menerima kehadiran pelancong dari Kedah, Melaka, Perak, Pulang Pinang serta paling kerap dikunjungi, Selangor dan Negeri Sembilan.

Artikel Berkaitan:

"Setakat ini, saya melihat pelancong memberikan reaksi positif dan teruja apabila berpeluang melihat sendiri depan mata cara ternakan ikan secara komersial," jelasnya.

Sangkar ikan di Empayar Patin Madu di Kampung Telok Ira menjadi tumpuan pengunjung luar Pahang khususnya pada hujung minggu.
Sangkar ikan di Empayar Patin Madu di Kampung Telok Ira menjadi tumpuan pengunjung luar Pahang khususnya pada hujung minggu.

Mengakui usaha tersebut dapat meningkatkan pendapatan kerana pengunjung juga tidak melepaskan peluang membeli ikan secara segar selain mendapatkan tempoyak dan pelbagai pes tempoyak yang dijual di sangkar terbabit.

Tambahnya, perancangannya selepas ini membuka kafe di lokasi tersebut sebagai tarikan dan kemudahan untuk pengunjung.

Norhayati Foto Sinar Harian
Norhayati Foto Sinar Harian

Sementara itu, bagi Norhayati Khamis, 65, dia bersama rombongan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Cawangan Masjid Tanah, Melaka teruja melihat sendiri cara ternakan ikan itu yang selama ini terkenal dengan menu ikan patin tempoyak.

"Bila datang ke sini, baru tahu dan berpeluang melihat sendiri bagaimana ikan ini diternak," ujarnya lagi.

Seorang penolong akauntan, Junti Sapuan, 42, dari Batu Caves, Selangor turut gembira kerana berpeluang datang ke sangkar tersebut buat julung kalinya.


Junti teruja apabila berpeluang menyauk ikan di sangkar. Foto Sinar Harian
Junti teruja apabila berpeluang menyauk ikan di sangkar. Foto Sinar Harian

"Ini kali pertama datang ke Temerloh dan sebelum ini pernah merasai keenakan ikan patin dan sekarang dapat lihat sendiri di sangkar tepi Sungai Pahang," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!