Caruman PERKESO arwah suami beri sinar baharu

Abdul Rahman menyerahkan faedah PERKESO kepada Rosila sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 pada Jumaat lalu. Foto PERKESO Pahang
Abdul Rahman menyerahkan faedah PERKESO kepada Rosila sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 pada Jumaat lalu. Foto PERKESO Pahang
A
A
A

KUALA LIPIS - Pemergian suami tersayang akibat masalah jantung Disember tahun lalu meninggalkan kesan begitu mendalam bagi Rosila Abdul Rahim, 45, dan lima anaknya.

Dulunya mereka serba cukup, namun selepas kehilangan suami, Fazli Mustaffa, 48, yang menjadi tunjang rezeki keluarga, Rosila buntu memikirkan masa depan lebih-lebih lagi dengan cabaran membesarkan anak-anak.

Namun hasil caruman perlindungan sosial Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) oleh arwah suami dan majikan telah memberi satu sinar buat keluarga itu.

Ibu tunggal itu antara penerima faedah PERKESO yang diserahkan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 di sini, Jumaat lalu.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, faedah PERKESO itu harapan baharu di sebalik kesukaran dihadapi Rosila dan anak-anaknya berusia antara 12 hingga 20 tahun.

Menurutnya, keluarga ini menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM3,000 dengan sekali bayar dan Pencen Penakat RM1,593 sebulan untuk seumur hidup.

"Melalui caruman PERKESO yang diterima masa depan keluarga yang ditinggalkan terus terbela.

“Kita tidak dapat jangka perkara yang akan berlaku di masa depan namun dengan caruman kepada PERKESO, sekurang-kurangnya bila kita tiada, masa depan keluarga akan terus terbela," katanya

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, caruman PERKESO penting dan kini bukan hanya pekerja bermajikan sahaja dilindungi sebaliknya pekerja sendiri termasuk suri rumah pun boleh boleh menerima manfaatnya menerusi skim-skim disediakan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!