Op Tahun Baharu Cina: JPJ Johor sita 159 kenderaan

JPJ Johor menjalankan Op Tahun Baharu Cina 2025 bermula 20 Januari lalu hingga malam Ahad. Foto JPJ Johor
JPJ Johor menjalankan Op Tahun Baharu Cina 2025 bermula 20 Januari lalu hingga malam Ahad. Foto JPJ Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebanyak 159 kenderaan disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor atas pelbagai kesalahan yang dikesan sepanjang Op Tahun Baharu Cina 2025 bermula 20 Januari lalu hingga malam Ahad.

Pengarahnya, Azmil Zainal Adnan berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 120 kenderaan adalah motosikal, 21 kereta dan 18 lagi lain-lain kenderaan.

Menurut beliau, sebanyak 12,931 kesalahan dikesan hasil pemeriksaan yang dijalankan terhadap 29,802 kenderaan di seluruh negeri ini dalam tempoh tersebut.

Sebanyak 12,931 kesalahan dikesan hasil pemeriksaan yang dijalankan terhadap 29,802 kenderaan di seluruh negeri ini. Foto JPJ Johor
Sebanyak 12,931 kesalahan dikesan hasil pemeriksaan yang dijalankan terhadap 29,802 kenderaan di seluruh negeri ini. Foto JPJ Johor

"Melalui analisis data-data Ops Khas ini, JPJ Negeri Johor mendapati tahap kesedaran kepada pematuhan peraturan keselamatan jalan raya khususnya kenderaan persendirian masih berada pada skala rendah.

"Ini dapat diperhatikan di mana, sejumlah 2,696 (21 peratus) kegagalan memiliki Lesen Memandu Malaysia (LMM), dan sejumlah 2,215 (17 peratus) gagal memperbaharui/ tiada LKM serta 1,971 (15 peratus) tiada perlindungan insurans.

"Selain itu, 523 (4 peratus) pemandu dengan sikap memandu secara tidak selamat dan berisiko tinggi iaitu pelanggaran sembilan kesalahan utama yang menjadi punca kepada kemalangan maut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

JPJ Johor menjalankan Op Tahun Baharu Cina 2025 bermula 20 Januari lalu hingga malam Ahad.- Foto JPJ Johor
JPJ Johor menjalankan Op Tahun Baharu Cina 2025 bermula 20 Januari lalu hingga malam Ahad.- Foto JPJ Johor

Menurut beliau, JPJ Negeri Johor memandang serius dan tidak akan berkompromi dengan syarikat, pemilik dan mana-mana pemandu yang masih tegar melanggar undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

"Penguatkuasaan dan tindakan tegas akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan ekosistem pembudayaan keselamatan jalan raya yang lebih selamat kepada semua pengguna," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!