LTTE: Khalid pertahan kenyataan sokong keputusan AG

Khalid ketika sidang akhbar di pejabat Kementerian Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
Khalid ketika sidang akhbar di pejabat Kementerian Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mempertahan kenyataan beliau yang menyokong keputusan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas untuk tidak meneruskan pendakwaan ke atas 12 individu yang didakwa menyokong kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Jelas Khalid, keputusan Thomas untuk menggugurkan pendakwaan itu mengikut lunas undang-undang yang betul kerana berdasarkan hujah undang-undang dan bukan atas dasar politik atau perkauman.

"Tapi kalau ada orang beranggapan sebaliknya sila kemukakan hujah. Kalau ada maklumat saya tidak betul, tidak setuju kemukakan.

"Saya baca penghujahan Thomas yang 11 muka surat itu dan saya pun ada rakan-rakan peguam. Mereka kata ia hujah yang profesional mengikut lunas undang-undang serta bukan atas dasar perkauman atau politik politik," katanya pada sidang akhbar khas di pejabat Kementerian Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: LTTE: 28 hujah AG batal prosiding jenayah 12 individu

Peguam Negara tiada kuasa, kata Muhyiddin

Mengulas lanjut, Khalid berkata, beliau tidak akan menarik balik kenyataan sokongan yang dimuat naik melalui akaun Twitternya beberapa hari lalu kerana Thomas membuat keputusan berdasarkan perundangan yang tepat dan berani.

"Saya cadangkan sesiapa yang sanggah hujah Peguam Negara, jawab hujah dia (Thomas). Jangan main sentimen," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ketika ditanya pandangan beliau sama ada Thomas perlu meletak jawatan atau sebaliknya susulan keputusan yang mengundang kontroversi itu, Khalid berkata, ia terpulang kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kita serah kepada Tun untuk buat keputusan. Ini kerana Tun yang telah melantiknya (Thomas)," katanya.