Wan Azizah gesa rakyat tolak anasir lagakan isu perkauman

Wan Azizah berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina peringkat parlimen itu di Kompleks Renang, Bandar Tun Razak pada Ahad. Foto Bernama
Wan Azizah berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina peringkat parlimen itu di Kompleks Renang, Bandar Tun Razak pada Ahad. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa semua lapisan rakyat supaya menolak sebarang anasir yang cuba melaga-lagakan mereka dengan memainkan isu perkauman.

Wan Azizah, yang juga isteri Perdana Menteri berkata, rakyat perlu lebih matang dalam mendepani perbezaan pendapat serta kepercayaan, dengan mencari titik persamaan dan bukannya memperbesarkan perselisihan faham yang kecil.

Wan Azizah sebaik tiba pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina peringkat parlimen itu di Kompleks Renang, Bandar Tun Razak pada Ahad. Foto Bernama
Wan Azizah sebaik tiba pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina peringkat parlimen itu di Kompleks Renang, Bandar Tun Razak pada Ahad. Foto Bernama

Katanya, keamanan dan keharmonian negara yang dikecapi pada masa ini adalah tanggungjawab bersama dipelihara dengan sebaik-baiknya agar kekal utuh untuk generasi akan datang.

"Seperti yang kita semua maklum, prinsip ‘perpaduan dalam kepelbagaian’ atau ‘unity in diversity’ telah menjadi teras kepada keharmonian masyarakat Malaysia sekian lama.

"Keindahan budaya dan adat yang berbeza tidak pernah menjadi jurang pemisah, malah ia mengukuhkan lagi hubungan antara kita semua.

"Oleh itu, marilah kita terus memelihara warisan perpaduan ini,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Parlimen Bandar Tun Razak di perkarangan Kompleks Renang Kuala Lumpur di sini pada Ahad.

Turut hadir ialah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin.

Artikel Berkaitan:

Dr Wan Azizah berkata, penganjuran majlis itu merupakan platform terbaik untuk mengukuhkan persahabatan dan semangat kekeluargaan, selari dengan prinsip Malaysia Madani yang menekankan nilai kesejahteraan dalam masyarakat. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!