Mesyuarat tertutup kumpulan ahli Parlimen PKR

Saifuddin yang menghadiri mesyuarat tertutup pemimpin tertinggi PKR di sebuah hotel di Petaling Jaya dilihat keluar dari dewan mesyuarat kira-kira jam 12.55 tengah hari tadi.
Saifuddin yang menghadiri mesyuarat tertutup pemimpin tertinggi PKR di sebuah hotel di Petaling Jaya dilihat keluar dari dewan mesyuarat kira-kira jam 12.55 tengah hari tadi.
A
A
A

PETALING JAYA - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hadir mesyuarat tertutup bersama beberapa lagi pemimpin tertinggi parti itu dan penyokongnya di sebuah hotel di sini sejak pagi tadi.

Mohamed Azmin tiba di hotel itu kira-kira jam 10.33 pagi tadi dengan disambut penyokongnya.

Mesyuarat yang masih berlangsung itu turut dihadiri Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dan dua Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Saifuddin Abdullah dan Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang juga Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut kelihatan menghadiri mesyuarat itu mewakili Bersatu.

Difahamkan beliau meninggalkan pertemuan Bersatu di Petaling Jaya sebelum mesyuarat itu berakhir.

Petugas media menunggu di luar dewan tempat berlangsungnya mesyuarat tertutup kumpulan ahli Parlimen PKR.
Petugas media menunggu di luar dewan tempat berlangsungnya mesyuarat tertutup kumpulan ahli Parlimen PKR.

Hadir sama, Menteri Kerja Raya Baru Bian, Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah.

Bagaimanapun, Saifuddin dilihat keluar dari dewan mesyuarat kira-kira 12.55 tengah hari tadi namun tidak memberi apa-apa kenyataan kepada petugas media yang menunggu di luar dewan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Mesyuarat tersebut dijangka berakhir pada jam 5 petang nanti.