Warna Rasa Ramadan Bufet di Hotel Royale Chulan

HOTEL Royale Chulan menyajikan juadah tradisional bersempena bulan puasa ini menerusi Warna Rasa Ramadan Bufet di semua rangkaiannya.
Pada tahun ini, setiap hotelnya telah menyusun menu dengan teliti dengan hidangan makanan Melayu terbaik, kegemaran rakyat Malaysia digabungkan dengan masakan Asia dan antarabangsa.
Pengurus Perhubungan Awam Kumpulan Royale Chulan, Azira Arif berkata, bukan sekadar berbuka, tetamu turut boleh menunaikan ibadat solat tarawih berjemaah di ruang solat dan bersih di hotel berkenaan.

"Pelbagai jenis sajian ditawarkan antaranya di Hotel Royale Chulan, Negeri Sembilan iaitu paru berlado, rendang pucuk ubi dan daging salai lemak mangga muda.
"Selain itu, terdapat juga menu istimewa di rangkaian hotel kami di Kuala Lumpur, Damansara, The Curve, Penang dan Cherating Villas & Chalets antaranya kambing golek, serawa durian, kebab, shawarma, nasi kerabu, asam pedas pari, nasi bekwoh dan air balang," katanya.

Sambil menjamu selera dengan lebih 100 menu yang disediakan dalam bufet kali ini, tetamu akan turut dihiburkan dengan alunan muzik.
Menu penuh dan tempahan boleh dibuat menerusi talian berikut:
Kuala Lumpur 019-3254718/ emel: fnbpromo.rckl@royalechulan.com
Seremban 06-7666666/ emel: fbdept.rcs@royalchulan.com
Damansara 03-79599000/ emel: info@royalchulandamansara.com
The Curve 03-7843 1111/ emel: enquiry.rctc@royalechulan.com
Penang 04-259 8888 atau WhatsApp 016-3303408
Cherating Villas & Chalets 016 205 0902/ 016-2059704
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!