Hubungan BN, MCA Pahang tidak terjejas

Wan Rosdy (enam dari kanan) dan Ka Siong(tujuh dari kanan) bersama tetamunyang hadir dalam majlis tersebut di Mentakab pada Sabtu. Foto Sinar Harian
Wan Rosdy (enam dari kanan) dan Ka Siong(tujuh dari kanan) bersama tetamunyang hadir dalam majlis tersebut di Mentakab pada Sabtu. Foto Sinar Harian
A
A
A

TEMERLOH - Hubungan Barisan Nasional (BN) Pahang bersama MCA Pahang tidak terjejas walaupun berdepan pelbagai isu.

Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail optimis dengan hubungan baik itu, kedua-dua parti dapat merampas sebanyak mungkin kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.

"Saya tengok semangat BN masih kental dan Insya-ALLAH kita akan bangkit semula seperti sebelum 2018.

"Hubungan BN Pahang dan MCA di negeri ini sangat baik dari semasa ke semasa, kita bincang strategi dan hala tuju parti," katanya.

Wan Rosdy (dua dari kanan) menyerahkan angpau kepada penerima. Foto Sinar Harian
Wan Rosdy (dua dari kanan) menyerahkan angpau kepada penerima. Foto Sinar Harian

Beliau yang juga Menteri Besar Pahang ditemui pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 anjuran MCA Pahang di sebuah restoran di Mentakab di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong; Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi, Inovasi dan Alam Sekitar, Datuk Mohamad Nizar Najib dan Pengerusi MCA Pahang, Datuk Chong Sin Woon.

Jelas Wan Rosdy, hubungan baik dengan parti itu juga dapat dilihat dengan melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan iaitu Ketua MCA Bahagian Temerloh, Datuk Wong Tat Chee.

"Kita minta orang MCA tidak putus asa, jangan bimbang dengan apa yang berlaku kerana mungkin ini masalah sementara sahaja.

Artikel Berkaitan:

"Sekarang ini, kita dengan rakan-rakan lain tengah merancang untuk mendapatkan kembali dua pertiga kerusi di DUN Pahang dengan syarat tidak gaduh sesama kita, berpakat elok-elok, sabar, toleransi tinggi dan mengatur strategi," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, beliau percaya MCA Pahang sudah melakukan penyusunan untuk menawan kembali kerusi sebanyak mungkin pada PRU16.

"Jangan bimbang..Insya-ALLAH PRU16, kita akan mendapatkan kembali kerusi yang banyak," tambahnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!