Nestlé Malaysia teruskan komitmen menyuburkan kehidupan dengan makanan berkhasiat

Sejak tahun 1912, Nestlé Malaysia telah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia. Selama lebih dari satu abad, mereka terus menyediakan makanan berkualiti tinggi yang tidak hanya sedap, tetapi juga baik untuk kesihatan keluarga di setiap generasi.
Dengan komitmen yang kuat terhadap kualiti dan produk halal, Nestlé memastikan bahawa apa yang mereka hasilkan benar-benar sesuai dengan keperluan diet masyarakat kita – dari kanak-kanak hingga orang dewasa.
Kepercayaan masyarakat terhadap jenama-jenama Nestlé bukanlah sesuatu yang datang begitu sahaja. Seiring dengan masa, syarikat ini terus mencipta peluang pekerjaan serta membuat pelaburan jangka panjang untuk menyokong ketahanan pangan dan kesejahteraan komuniti tempatan.
Malah, misi utama mereka adalah meningkatkan kualiti hidup melalui makanan yang tidak hanya berkhasiat, tetapi juga mudah dijangkau oleh semua lapisan masyarakat.
Pendekatan G4U: Penyelesaian pemakanan sihat
Salah satu strategi utama Nestlé adalah program ‘Good For You’ (G4U), yang memberi tumpuan kepada pendekatan menyeluruh untuk pemakanan sihat. Data Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023, yang mendedahkan bahawa 54.4 peratus dewasa Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti,.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nestlé Malaysia, Juan Aranols, berkata, Nestlé menegaskan bahawa strategi ini sangat relevan untuk membantu masyarakat mengatasi cabaran kesihatan ini.
“Memandangkan lebih daripada separuh penduduk dewasa di negara ini menghadapi risiko masalah kesihatan berkaitan berat dan gaya hidup, pendekatan G4U kami amat penting untuk membantu menangani cabaran pemakanan rakyat Malaysia,” katanya.
Melalui G4U, Nestlé berusaha menyediakan pilihan makanan yang lazat namun tetap seimbang dari segi kandungan gizi. Mereka juga telus tentang nilai khasiat produk-produknya, menjalankan pemasaran yang bertanggungjawab kepada kanak-kanak, dan menggalakkan penggunaan dalam batas wajar.
Contohnya, kira-kira 43 peratus produk Nestlé kini mengandungi bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran, kacang-kacangan atau bijian. Selain itu, mereka berjaya mengurangkan kandungan gula dalam 81 produk dan garam dalam 59 produk lain.
Memerangi kekurangan zat gizi
Bukan sahaja fokus kepada pengurangan bahan-bahan yang kurang baik, Nestlé juga aktif memperkenalkan produk yang diperkaya dengan mikro-nutrien penting.
Pada tahun 2023 sahaja, mereka berjaya menyediakan 3.8 bilion hidangan produk yang diperkaya. Antaranya termasuk Milo, susu dan bijirin sarapan yang diperkaya dengan vitamin dan mineral. Produk baru seperti makanan yang mesra jantung juga mula dibangunkan untuk menyokong gaya hidup sihat.

Kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia turut memperkukuh usaha ini. Sehingga Disember 2024, terdapat 46 produk Nestlé yang menggunakan logo Pilihan Lebih Sihat (HCL), termasuk semua varian serbuk Milo dan mi segera Maggi Nutri-licious yang pertama kali mendapat label HCL.
Pendidikan pemakanan untuk generasi muda
Menurut Aranols lagi, tabiat pemakanan sihat perlu dibentuk seawal mungkin. Oleh itu, Nestlé melancarkan pelbagai program pendidikan seperti Mangkuk Seimbang MaggiI dan Kotak Bento Milo. Program Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Maggi (MSSCC) dan Nestlé for Healthier Kids (N4HK) juga telah berjaya menjangkau lebih daripada 149,000 pelajar sejak tahun 2010. Malah, versi terkini N4HK PARENPRO melibatkan ibu bapa supaya dapat menyokong amalan pemakanan sihat di rumah.

Untuk memudahkan masyarakat mendapatkan maklumat tentang pemakanan sihat, Nestlé melancarkan platform digital Bernama "Home of Good". Di situ, masyarakat boleh mendapatkan resipi berkhasiat, petua gaya hidup dan panduan nutrisi yang praktikal.

75 Tahun Milo menginspirasi semangat aktif
Tahun 2025 merupakan mercu jaya penting bagi Milo, kerana genap 75 tahun kehadirannya di Malaysia. Minuman ikonik ini bukan sahaja dikenali sebagai teman sarapan yang sedap, tetapi juga simbol semangat sukan dan gaya hidup aktif.

Dengan formula unik yang menggabungkan malt, barli, susu dan koko, Milo diperkaya dengan nutrien penting yang menyokong tenaga harian tubuh termasuk Vitamin B2, B3, B6, dan B12, dan juga Kalsium, Zat Besi dan Vitamin C, MILO ialah minuman malt pertama untuk menerima "Healthier Choice Logo” atau Logo Pilihan Lebih Sihat, kerana memenuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan bagi paras kandungan gula lebih rendah.
Sesungguhnya hubungan istimewa ini antara rakyat Malaysia dan MILO tidak terhad kepada kualiti, rasa dan ramuan yang diadun teliti untuk menghasilkan produk kegemaran Malaysia yang dibuat di Malaysia oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia.
Sebagai bentuk penghargaan, Nestlé telah merayakan ulang tahun ke-75 Milo dengan acara Hari Sarapan MILO di Putrajaya baru-baru ini, dan akan diikuti dengan dengan beberapa lokasi lain seluruh negara termasuk Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kuantan di bulan-bulan akan datang.
Acara ini bukan sekadar perayaan, tetapi juga ajakan kepada masyarakat untuk terus menjaga gaya hidup sihat bersama Milo. Pada tahun ini, di bawah tema “Dulu, Kini dan Selamanya Demi Malaysia”, kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan bersama kami untuk meraikan mercu jaya penting ini.

Dengan dedikasi selama 75 tahun, Milo telah membuktikan dirinya sebagai sebahagian daripada identiti Malaysia. Ia bukan sekadar minuman kegemaran, tetapi juga rakan setia dalam perjalanan menuju kehidupan yang lebih sihat dan bermakna bagi generasi kini dan akan datang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!