Parcel scam: Suri rumah rugi RM7,500

Gambar kecil: Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof
Gambar kecil: Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof
A
A
A

KUANTAN - Seorang suri rumah kerugian RM7,500 selepas terpedaya dengan sindiket parcel scam yang menjanjikan kiriman hadiah dan wang tunai bernilai lebih RM880,000 dari Jerman kelmarin.

Mangsa berusia 47 tahun diperdaya kononnya bungkusan hadiah berisi barang kemas, telefon bimbit dan wang tunai yang dikirim kenalannya yang dikenali melalui aplikasi WhatsApp ditahan polis ketika tiba di Lapangan Terbang Kulim pada 18 Februari lalu.

Mangsa dihubungi ejen syarikat penghantaran berhubung masalah itu dan dia diminta membuat bayaran untuk proses melepaskan bungkusan tersebut sebelum boleh dituntut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, teruja dengan nilai isi bungkusan itu, mangsa sanggup membayar RM7,500 pada 20 Februari lalu.

Menurutnya, mangsa membuat bayaran itu melalui dua akaun bank atas nama individu berbeza.

"Selepas menjelaskan bayaran, mangsa gagal mendapatkan bungkusan hadiah yang dikirimkan sehingga laporan polis dibuat semalam.

"Polis tidak menolak kemungkinan lelaki yang dikatakan dari Jerman yang dikenali mangsa melalui aplikasi WhatsApp sejak 15 Februari lalu merupakan ahli sindiket parcel scam berdasarkan modus operandi digunakan," katanya.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan selain mengesan suspek-suspek terlibat.

Artikel Berkaitan: