Azmin bakal Timbalan Perdana Menteri?

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini memuat naik sekeping gambar bersama Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Gambar itu diambil ketika proses penamaan calon bagi PRK Cameron Highlands di dewan SMK Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata, pagi tadi.

Apa yang menarik perhatian adalah kenyataan yang dimuat naik oleh Asyraf seakan ‘mengusik’ Menteri Ekonomi tersebut.

“Bergambar bersama bakal Timbalan Perdana Menteri Malaysia, insya-ALLAH,” tulisnya di Facebooknya hari ini.

Selepas PRU14 lalu, parti dalam komponen PH sebulat suara menjadikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketujuh dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke lapan.

Artikel Berkaitan: