Barber Komuniti bantu usahawan belia mulakan perniagaan di ibu kota

Zaliha (kanan) bersama Maimunah (dua dari kanan) meninjau operasi Barber Komuniti di PA Seri Perlis 2 pada Rabu.
Zaliha (kanan) bersama Maimunah (dua dari kanan) meninjau operasi Barber Komuniti di PA Seri Perlis 2 pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Empat usahawan belia yang dilatih di bawah inisiatif Program Usaha Jaya Insan (PUJI) diberikan peluang mengusahakan 'Barber Komuniti' di Perumahan Awam Seri Perlis 2 di sini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, mereka merupakan peserta terbaik dalam program itu selepas diberikan Latihan Kemahiran TVET Asas Gunting Rambut.

Menurutnya, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada komitmen pemerkasaan komuniti bandar.

"Selain latihan asas, peserta turut jalani latihan praktikal tambahan sepanjang tahun bagi melengkapkan kemahiran dan persediaan memulakan perniagaan.

"Empat peserta terbaik telah pun berjaya memulakan perniagaan mereka sendiri di PA Seri Perlis 2 dengan tawaran kadar sewa minimal RM250 sebulan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Kita berikan identiti premis ini sebagai Barber Komuniti," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Zaliha menandatangani plak sebagai simbolik perasmian Barber Komuniti di PA Seri Perlis 2 pada Rabu.
Zaliha menandatangani plak sebagai simbolik perasmian Barber Komuniti di PA Seri Perlis 2 pada Rabu.

Katanya, menerusi perbincangan bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif, program sama sama diperluaskan ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) serta PA lain di Kuala Lumpur.

Ujarnya, mereka yang berminat, boleh terus berhubung dengan pihak DBKL.

Artikel Berkaitan:

"Ini merupakan komitmen kami di Jabatan Wilayah Persekutuan untuk terus mendayaupayakan mereka yang produktif di kota ini.

"Ia bagi meningkatkan taraf sosio- ekonomi dan akhirnya mereka ini akan menyumbang kembali kepada negara dan masyarakat sekitarnya," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!